LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday 3 October 2018

TRIP KE TERENGGANU 3H2M

Cuti sekolah yang lalu bawak keluarga pergi Terengganu, asalnya ada urusan keluarga belah encik hubby menghantar rombongan meminang sekaligus bertunang. Dah alang-alang ke sana apalagi sekali berjalan la kan.

Tempahan homestay sebenarnya dah di buat awal, tapi timbul masalah dimana homestay yang ditempah tetiba penuh.

Jadi kalut la kami semua mencari tempat penginapan baru. Haa waktu tu pula cuti sekolah, kebanyakan hotel, homestay dan sewaktunya kebanyakan dah penuh.

Dalam pening mencari tu, akhirnya dengan bantuan rakan blogger kami sekeluarga memilih homestay yang Nurzarini Ismail pernah review terletak di sekitar Kuala Terengganu. Untungnya bila ramai rakan blogger yang pernah buat review kan. Terima kasih sesangat.

Okeh dah selesai satu masalah, mai la kita singgah makan tengah hari, kami bergerak pagi lepas subuh. Singgah makan di kedai Akob ikan patin yang terletak di pekan kuantan.

Perut dah kenyang, masalah pun dah settle, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang nak di tuju. Sampai di homestay yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Mahmud, Terengganu.

Sewaktu dalam perjalanan ke homestay lalu la deretan kedai makan dan yang menarik perhatian kedai makan ICT atau ikan celup tepung yang katanya sangat popular di sini. Kami dihidangkan dengan pemandangan pantai yang sangat cantik.


Sesudah sampai di homestay, tuan rumah sudah sedia menanti, sangat cantik dan puas hati oii duduk di homestay ni. Kemudahan lengkap siap ada mesin basuh lagi, ada aircond bilik luas. Senang cerita sangat puas hati.

Setelah berehat sebentar kini tiba la masa mencari makanan pula, singgah makan di kedai berhampiran.

Sepanjang di sini menu yang paling di cari adalah ICT dan sempat juga singgah cari kedai keropok lekor.

Di hari kedua kami di sini, sarapan pagi ditaja kenalan kak ipar yang memang tinggal di sini. Menu popular orang Terengganu iaitu nasi dagang.

Yummm syukur alhamdulillah sedap sangat. Lepas siap bersarapan singgah di pasar payang pula.. suasana agak sesak memandangkan cuti sekolah kan. Kalau nak parking berpusing banyak kali ooo...

Macam-macam barang dan makanan yang dijual di sini. Ada la antara ahli keluarga yang beli buah tangan untuk di bawa balik ke Selangor nanti. Setelah puas hati pusing pasar ni, kami meneruskan perjalanan ke tempat lain pula.

Setelah selesai urusan di sini, kami sekeluarga pergi menghadiri majlis meminang dan bertunang belah encik hubby pula.

Balik dari majlis kami pergi la jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu seperti singgah makan keropok lekor di tepi jalan.



Aktiviti agak padat hari ni jadi tak sempat nak singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung dan juga Masjid Kristal. Tak apalah lain kali ada rezeki kita datang lagi Terengganu kan.

Hampir lewat petang, dalam perjalanan pulang ke homestay singgah di tepi pantai. Berfoto dan bermain di sekitar pantai.


Malamnya kami hanya berehat di homestay saja, nak pula hujan turun agak lebat.Jadi jom la kita tidur awal malam ni.

Hari terakhir kami di Terengganu, kali ni sarapan pagi roti canai yang encik hubby beli disekitar homestay. Untungnya duduk di homestay ni, ada banyak kedai makan berhampiran, jadi tak der masalah kalau tetiba lapar. Jalan kaki atau naik kenderaan j memang tak jauh.

Dalam tengah hari kami sekeluarga bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Tak banyak tempat yang dapat kami lawati. Takpelah kalau teringin nak pegi, kita datang lagi, mana tahu ke pulau pula kita. Itu saja cerita sepanjang trip ke Terengganu.

2 comments: