LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday 10 August 2018

Akhirnya sampai juga di Mini UTC Keramat Mall

Mini UTC Keramat Mall, akhirnya sampai jua I kat sini. Dari masa bangunan ni siap dibina tak pernah lagi jejakkan kaki di sini. Padahal hari-hari la kita duk lalu dengan lrt.

Teringin juga masuk ke dalam dan lihat apa yang ada, tapi sampai sudah tak pergi. Semalam sampai jugak di sini, itu pun sebab ada urusan nak baharui lesen kereta. Lupa oiii rupanya dah tiga bulan lesen dah mati, jenis takat ada lesen tapi tak bawak memang lupa laaa.

Sampai di UTC Keramat Mall dalam jam 11 pagi, masa ni parking pun penuh. Suruh la adik tinggalkan j I di tepi jalan. Dari situ terus masuk bangunan lalu kedai makan. Banyak oii kedai makan macam-macam ada, perut pun tetiba lapar la pula.

Selesaikan dulu urusan baru kita fikir makan. Pusing la satu bangunan mencari pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terletak di tingkat satu.

Tak sampai setengah jam siap urusan di JPJ. Suka kita tak payah tunggu lama. Jadi jom la kita mencari sarapan pagi.

1 Chopati Keramat Mall


Jalan-jalan setiap kedai sambil mata menjeling tiap menu yang ada. Teringat pula masa mula sampai tadi ada ternampak satu kedai ni nama 1 Chopati. Terus ke kedai tu tengok apa yang mereka jual. Wah ada capati laaa nak pula dah lama tak makan capati.

Sambil menunggu adik datang semula, kita sarapan la dulu capati kan. Tak sampai setengah jam hidangan pun sampai. Sungguh bertuah hari ni semua urusan cepat j siap.

Selesai makan moh ler kita menunggu adikku sampai. Tang menunggu ni lama pula sebab adik lakiku ni pergi ambil adik perempuan dengan anaknya di rumah. Haaa ramai kan adikku. Itu la bila adik-beradik tinggal di Kuala Lumpur habis diajak tiap kali berjalan. Suka keluar dengan adik-beradik nak pula dengan anak sedara yang comel tu lagi la seronok budak kecik Ammar ada teman bermain.

Selepas UTC Keramat Mall, bawak la mereka yang lain pergi makan dulu. Dah tengah hari pun. Lepas tu jalan-jalan di sekitar Setiawangsa. Dalam petang juga la baru bertolak balik.

Itu baru weekday punya cerita, kalau hujung minggu lagi lama kami berjalan sana sini. Seronok eh dapat berjalan dengan keluarga.

5 comments:

  1. wah nampak sedap je ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu entri seterusnya. saya suka cara awak menylis, senang faham. kalau sudi meh la ke blog saya, saya followers ke 239

    ReplyDelete
  2. hehe dulu chapati ni memang paling femes di pasar keramat lama sebelum dia berpindah ke utc mall -anak yang membesar di keramat..ehhehe keramat is legend banyak makanan melayu

    ReplyDelete
  3. singgah sini sambil follow blog hehe

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    ReplyDelete