LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday, 26 July 2018

Terjebak juga dengan drama jangan benci cintaku

Scroll facebook tengok ramai rakan yang up status tentang drama nan satu ni, Jangan Benci Cintaku, kita pula jenis tak layan drama jam 7 memang selalu ketinggalan la kan.

Memandangkan ramai yang duk up status tentang Feeqa dan Husna. Kita pun apa lagi tertanya-tanya la nak pula semalam berkesempatan tengok sikit. Baru tengok sikit kita yang tak pernah layan drama ni pun hangin semacam dengan watak Husna. Apa kes dengan Husna kan tetiba nak emo ni? haaa yang tak tahu drama ni tentang apa boleh la baca sinopsis drama ni.

Macam biasa dah jadi satu trend sekarang, drama ni adalah adaptasi dari Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang di siarkan di slot Akasia TV3 jam 7 malam. Drama bersiri ini dibintangi oleh Saharul Ridzwan (Shahrizal), Zahirah Macwilson (Rafeeqa), Niena Baharun (Husna), Izzue Islam (Syazwi) dan ramai lagi.

foto:tonton.com.my

Sinopsis Jangan Benci Cintaku

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari  dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna, dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Pada pendapat kita yang baru tengok ni kan, walau pun feeqa tu memang tak patut tinggalkan suami dia lama macam tu, watak husna si perampas dah tentu akan menjadi watak paling dibenci netizen. Jangan buat main dengan netizen ni, bab rampas merampas ni memang di benci bukan dalam drama jer , realiti lagi teruk kena kecam tak caya tengok la episod rampas merampas sorang artis tu, walau niat takat nak extend masjid ko rasa netizen suka?? opss no bawang membawang. pape pun akan ku nantikan kesudahan husna dalam drama ni.

Makin lama drama ni makin best pula, apa la nasib Husna kan. Shah dan Feeqa pula adakah bahagia menanti mereka?? Sejenis tak sabar meh la kita baca novel ni dulu.

1 comment:

  1. sha tengok cerita ni, macam macam emosi, marahkan husna, geramkan shah, kesiankan fiqa, meluat dengan nenek shah hahahahahahahaha

    ReplyDelete