LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday, 20 July 2018

Betul ker drama NUR bakal disambung?


foto : thevocket.com

Assalamualaikum dan selamat pagi, pagi ni tengok dalam berita banyak cerita yang menarik perhatian antaranya kasut sekolah berwarna hitam bermula tahun depan. Macam-macam reaksi yang diberi, ada yang suka tak kurang juga menolak.

Dari kasut sekolah beralih la ke cerita ni, katanya drama meletup Nur akan disambung, betul K?? Nak tahu meh kita baca berita dari harian metro online ni.

Penerbit dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan pihak yang tidak bersetuju apabila produksinya Radius One dan TV3 memutuskan untuk menghasilkan Nur 2.

Pada waktu sama, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kehendak penonton setia yang ingin mengetahui kesudahan watak utamanya Nur lakonan Amyra Rosli yang dipujuk Ustaz Adam (Syafiq Kyle)untuk kembali bersama dan watak antagonis, Hamadi (Azhan Rani).

Ketika dihubungi, Shahrulezad berkata, sebaik Nur yang ditayangkan di TV3 tamat, ramai yang memberi komen kesudahan karyanya seperti tergantung.

"Rata-rata meminta saya menghasilkan drama Nur 2, kerana mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada Nur dan Hamadi. Tetapi saya seperti yang umum tahu tidak pernah menyambung  mana-mana karya yang pernah dihasilkan walaupun ia turut mendapat sambutan sebelum ini.

"Begitupun selepas ramai yang meminta ia disambung termasuk pihak TV3, akhirnya saya akur. Itupun setelah saya memperoleh jalan cerita baru dan dipersembahkan kepada pihak stesen. Mereka yakin dan bersetuju dengan cerita itu,"katanya.

Kata Ezad, sebelum ini ramai yang mendesak, tetapi hatinya agak berat. Sehinggalah semua pelakon akhirnya bersetuju untuk kembali menjayakan  Nur 2, sehingga dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak.

"Saya juga bersetuju dengan kenyataan diberikan pihak stesen yang menegaskan bahawa Nur 2 dihasilkan bukan untuk menandingi Nur. Perbandingan juga adalah perkara biasa apabila Nur 2 disiarkan nanti.

"Sepanjang menghasilkan Nur saya tidak pernah meletak harapan atau mengharapkan ia menjadi fenomena, tetapi kejayaan diraih adalah rezeki. Jadi mengapa apabila mahu menghasilkan Nur 2, saya perlu memikirkan perkara itu,"katanya.

Jika Nur 2 bakal ditayangkan, peminat setia drama ni mesti gembira sangat termasuk la kita, tak puas hati la tengok kesudahan ustaz Hamadi, tak kan itu j kan. Nur dan ustaz Adam pun agak tergantung di episod akhir Nur. Kalau Nur viral dengan sup sihirnya, Nur 2 viral dengan apa ye?? hihihi...

sumber:hmetro.com.my

6 comments:

  1. salam..hi sis nia..yaya singgh mai sini sat..
    tertarik bila dgr drama ni nak dismbung..walaupun xtgok..haha
    viral sgt

    ReplyDelete
  2. oh ye..
    yaya da follow awk tau..(238) ^,^

    ReplyDelete
  3. ala karang kalau nur 2 mesti jadi takbest macam andainya takdir 2 huhu

    ReplyDelete
  4. Tak payah sambungla drama ni, sorang tu dah jadi bini orang, tak sesuai pegang-pegang & adegan romantik,

    ReplyDelete
  5. harap watak ustaz hamadi seakin licik dalam nur 2! Suka dengan karakternya

    ReplyDelete