LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Tuesday 10 July 2018

Memenuhi Jemputan Rumah Terbuka

Hari minggu yang lalu penuh dengan jemputan open house rakan-rakan terdekat, memandangkan banyak pula jemputan dan jarak di setiap tempat agak jauh. Terpaksa la kita memilih satu j tempat di tuju.

Hari sabtu ke Batang Kali beraya dengan ex roommates masa bujang, dah lama tak berjumpa sekali berjumpa nah panjang pula ceritanya. Dah la kita tetamu akhir yang sampai, dari lewat petang hingga ke malam la jawabnya duduk di situ.

Ahad pula teman budak kecik Ammar beraya di tadikanya. Seronok budak kecik Ammar berpakaian baju melayu siap songkok dan sampin. Datang pula bukan sekadar beraya semata, jumpa cikgu kelas dan ambil report card. Bincang la sikit dengan cikgu tentang perkembangan budak kecik Ammar ni. Alhamdulillah untuk budak yang baru first time jawab exam, markah yang budak kecik Ammar peroleh sangat la bagus.

Tak lama pun dapat beraya bersama kawan dan ibu bapa budak kecik ni, hanya sempat berborak seketika, tak sampai setengah jam budak kecik Ammar dah merengek nak balik. Kenyang perut dia mula la bosan, masa ni kawan baik Ammar tak datang lagi jadi dia pun takde mood nak duduk lama.

Jadi kita pun beransur pulang la, dalam tengah hari encik hubby ajak pula beraya di Klang. Di sini meriah habis penuh dengan orang ramai. Makanan pun banyak sangat sampai tak lalu nak jamah lagi.



Selesai beraya di Klang, singgah pula di Pantai Remis di Jeram Selangor. Jalan-jalan cuci mata sambil beli barang dapur. Seterusnya singgah sebentar untuk makan petang di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram, bersebelah dengan Aroma Ikan Bakar jer.

Baca juga Tarikan Seafood Pantai Remis

Review Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram


Selalu bila nak makan seafood, restoran ni antara pilihan kami sekeluarga. Di Aroma Ikan Bakar selalunya penuh, jadi sini la kami selalu terjah. Makanan pun lebih kurang sama j cuma di Aroma Ikan Bakar tempat dia lagi cantik.

Dah pilih menu yang kami mahukan, duduk la di meja menanti makanan sampai, sebelum tu solat di surau yang disediakan. Tempat ni best bila malam, meriah sangat, kalau nak ambil gambar elok la petang sebab malam dah tak nampak sekelilingnya. Restoran pula buka jam 5 petang dan masa ni tak ramai pelanggan, memang cepat la makanan sampai.

Alhamdulillah kenyang, seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Owh sebelum tu singgah Shah Alam mencari durian. Sebelum ni datang selalu nak habis sebab ramai pula yang beli bila harga makin turun kan.

Di Shah Alam dapat la kami bawa balik beberapa biji durian dengan harga yang berpatutan. Puas hati weh.. Sampai rumah encik hubby siap kopekkan durian masuk bekas, malam tu makan dengan puas. Esoknya nya cuba makan lagi, tak lama lepas tu kepala mula la pening dan rasa tak sihat. Amboi penangan dia sampai pening kepala kita.


Itula dia selalu sangat nak makan durian, bila dah dapat lupa dah berapa ulas kita makan, bila badan tak sihat mula la kesedihan. Pape pun hari minggu yang lepas memang best sangat, di penghujung hari raya ni ramai pula yang buat open house, terima kasih semua kerana sudi menjemput.

7 comments:

  1. Duraian tu nampak sedapp betul..jemput masuk segmen Blog list Del nanti.. hehe
    www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete
  2. raya sebulan.. hehe
    durian tu nampak sungguh menggoda hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat makan durian isi tebal gitu. Isi yg Kekuningan tu buat rasa nak kena g carik juga ni..

    ReplyDelete
  4. perghhh nanti kena timbang berat badan
    hahaha

    ReplyDelete
  5. aduh..makanan die...pastu ade durian pulak...terliur haa

    ReplyDelete