LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday, 4 July 2018

Novel 7 Hari Mencintaiku 2


Novel 7 Hari mencintaiku 2 : Bila tahu novel 7 hari mencintaiku ada sambungan cepat-cepat ajak encik hubby pergi cari dan beli di Popular Bookstore. Puas hati bila masih ada lagi takut juga kalau dah habis terjual. Harga sebuah buku ni RM39.90 tapi masa I beli ada diskaun 20% jadi murah la sikitkan. Novel ni tebal dengan 1,061 muka surat jadi amik masa la daku nak habiskan bacaan.

Sambungan dari novel pertama yang menggunakan tajuk yang sama iaitu 7 hari mencintaiku yang telah diangkat menjadi drama paling popular, lakonan mantap Siti Saleha dan Syukri Yahya sebagai teraju utama drama.

Hasil sentuhan penulis Siti Rosmizah, novel ke dua ini menceritakan kisah perjalanan hidup Mia Adriana dan suami Khuzairi, serta anak-anak mereka.

Baru belek-belek muka surat dan baca sinopsis di belakang novel, ada beberapa watak baru turut muncul mewarnai cerita ini. Rasa tak sabar nak baca kisah percintaan Mia dan Khuzairi. Jom baca sinopsis dulu. 

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

"Kebahagian abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi". Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato'Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

"Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!"

Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

"Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!"

Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

"Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan". Helmi cuba menyedarkan emaknya.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

"Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!"

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi".

Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 hari mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi.

Selamat tinggal abang.Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.


Baru baca sinopsis, aku dah hangin dengan mak Leha, kalau dalam 7 hari mencintaiku yang lalu dia duk berkenan dengan Syakila , lani dengan Nurul Ain pula.. Apesal la duk sibuk dengan rumah tangga anak dia? Boleh terbayang muka pelakon yang bawak watak mak Leha..emosi betul aku dengan mak Leha ni..Kalau diadaptasi ke drama lagi moga pelakon yang sama yang bawak watak masing-masing. Pasti meletup seperti drama sebelumnya.

7 comments:

  1. jumpa jugak kat popular haritu hahaha tak ambik sebab teballll

    ReplyDelete
  2. Dah ada kat Popular eh...alaaa...kat NuSentral xde popular la..ada MPH je..nak pi skodeng la nanti

    ReplyDelete
  3. mcm try hard sgt kali ni.. melampau sgt tak berubah smp thp x logik..nyesal beli.huhu

    ReplyDelete
  4. Rasanya tak payah adaptasi yg kedua punya ke drama, rasa mcm berat sangat dan cliche. Huhu sorry kurang minat sambungannya ni

    ReplyDelete
  5. ishh macam tak nak cari jer sbb dah rasa happy dgn kehidupan Mia dan Khuzairi yg happy tetiba da badai melanda...sama macam Novel Anda Itu Takdirnya 2 masih berbalut..tak sampai hati nak baca..huhu

    ReplyDelete