LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Tuesday, 13 March 2018

Tarikan Seafood Di Pantai Remis

Assalamualaikum, kita kongsikan satu lagi tempat menarik yang baru kita terjah. Padahal tiap kali balik kampung mesti lalu tapi hati tak pernah nak singgah.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dan waktu tu pula dah sedang elok masa untuk makan tengah hari, maka nak singgah la makan kat mana-mana.

Kalau selalu dah sampai area sini tempat kegemaran pasti di salah satu kedai makan ikan bakar di Jeram contohnya yang popular Restoran Aroma Ikan Bakar.

Tapi kali ni encik hubby tetiba ajak singgah di Pantai Remis, saja nak tengok apa yang ada di sana, tak pernah singgah kan. Kita ikutkan aja la mana tahu best.

Pantai Remis yang I nak kongsikan ini terletak di Jeram, Kuala Selangor.

Ada apa di Pantai Remis Selangor?? haaa itu la yang selalu bermain di fikiran ni.. Tiap kali ke Jeram tempat pertama yang muncul di fikiran seafood terbaik di restoran ikan bakar.

Dalam perjalanan nak sampai ke Pantai Remis ada la lalu beberapa buah kedai makan yang pada pandangan I agak menarik juga.

Semakin menghampiri pantai, terasa ada sesuatu bagaikan menarik kita ke sana. Betul sebaik sampai ternampak la kelibat orang ramai di kawasan makan. Owh iya terdapat juga gerai jualan di satu kawasan.

Meriah laa, kebetulan waktu kitorang datang ni adalah masa Thaipusam itu hari. Nampak tak dah berapa lama entri ni diperam masuk dalam draf??..

Waktu cuti penuh orang, tak kira di mana. Ada yang mengambil peluang beriadah bersama keluarga, aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan aktiviti paling disukai makan seafood.

Kemudahan di Pantai Remis

Kami juga tak lepaskan peluang menikmati makanan seafood di salah satu medan selera. Banyak kedai jadi pilih la yang mana berkenan.

Tempat solat yang bersih dan tandas turut disediakan. Kawasan parking juga ada jadi tak yah la risau sangat kalau nak cari kawasan parking.

Selepas makan, kami sempat singgah di gerai yang menjual bermacam-macam barang di mana di satu bahagian gerai jualan seperti tudung, pakaian, makanan, minuman dan bermacam barang kering turut di jual.
Walau dah makan masih juga nak membeli buat makan dalam kereta

Manakala di satu bahagian lagi barang basah seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, belacan dan sudah semestinya bermacam-macam seafood yang susah nak jumpa seperti tiram, kupang eh banyak laa...



Rambang mata tengok bermacam-macam seafood ada, memang sangat seronok tau. Kalau nak buat shellout makan beramai-ramai bersama keluarga memang sangat la sesuai beli seafood di sini.


Dalam plastik besar tu belacan buatan sendiri tau. Buah-buahan pun ada seperti dalam gambar tu ada jambu air, mangga..eh sangat syok la, teliur juga 



Tengok tu belangkas pun ada tau, tapi I tak reti makan apatah lagi nak masak dan siang pun tak reti


Segar-segar ikan dan bermacam jenis, tak tanya pula harga setiap jenis ikan tu



Ini dia tiram depan mata j, begini rupanya serius tak pernah tengok. Selalu guna sos tiram je kan ni haa tiram..

Tu dia apa yang ada disebalik gerai-gerai yang menjual di Pantai Remis ni.

Sebelum balik pusing la kejap area sini, wah makin ke depan makin banyak restoran seafood. Masa sampai tak perasan pula akan adanya restoran lain ingatkan medan selera tu j..

Ni kalau datang lagi mau menyinggah ke restoran lain pula. Seronok dapat tengok tempat baru menambah pilihan tempat untuk dikunjungi. 

Walau dah lama tinggal di Selangor tapi masih banyak tempat belum diterjah. Sekali dah datang suka bukan main.  

Itu saja buat kali ni, ada tempat menarik di Selangor akan kita kongsikan lagi ye, mana tau ada dikalangan pembaca ada yang suka tengok sawah padi boleh ja jalan-jalan di kawasan Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor.

Tiap kali balik kampung di Sungai Besar memang lalu sawah pagi, lain kali kita cuba kongsikan apa yang best di Sungai Besar pula.

6 comments:

  1. Menarik la Pantai Remis..selalunya area situ pukul berapa buka jualan ye...menarik especially seafood tu semua..SA suka...tiram tu...alahai sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sampai ptg pasar pun dh buka, xpasti jam berapa buka. Syok sgt tempat ni byk seafood yg susah dpt

      Delete
  2. salam nia. singgah sini. Ya Allah banyaknya seafood.. terliur sudah tengok gambar nia semua

    ReplyDelete
  3. wahhh..pantai remis ni dekat sgt ngan rumah in law..tapi xpernah singgah pun kedai tu..fuhb menariknya
    .tq for.info.nanti nak.g lah sana

    ReplyDelete
  4. Ada kawan dok cerita makan seafood di Jeram ni best dah berkali kali plan tapi takde rezeki ke sana lagi

    ReplyDelete