LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Tuesday, 3 April 2018

Bercuti di Kelantan, Seterusnya Bermalam di Meena's Apartment Cameron.

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan yang singgah baca blog ni?? Moga dalam keadaan sihat selalu.

Saja nak kongsi aktiviti selama cuti sekolah yang lalu, I dan keluarga balik kampung di Kelantan bagi memenuhi jemputan kahwin dari keluarga belah my mom.

Meriah sangat dah lama tak merasa gulai kawah kenduri, al maklum la nak jumpa gulai kawah kenduri di Selangor payah sikit. Sekali dapat gulai kawah kenduri bertambah bukan main. Syok habis makan bertambah-tambah.

Tiap kali balik Kelantan, aktiviti mesti penuh dan pantai menjadi tempat wajib dilawati.

Selalunya Pantai Irama ,Bachok menjadi tempat kegemaran, sekarang sejak viral Pulau Nami tempat situ pula menjadi tempat yang harus di lawati.

Tambah pula ada ahli keluarga yang belum lagi sampai ke sana. Jadi mari la kita terjah pantai..

Lepas kenduri kami sekeluarga berjalan di Pantai Senak, alaaa pantai yang ala-ala Pulau Nami tu..


Sampai j sini terus beli makanan, bentang tikar tepi pantai sambil makan dan posing macam-macam gaya. Seronok dapat melayan angin sepo-sepoi bahasa.

Sempat juga la bermain di gigi air walau tak mandi kira ok la dapat jejak kaki di tepi pantai.


Sikecil ni pun sempat la bermain di tepi pantai, suka dia ingat boleh la mandikan.

Datang pula penjual aiskrikim, apa lagi kan beli la untuk semua.

Tarikan utama tempat ini kerana pokok-pokok yang ditanam di sekitar pantai. Jadi memang ramai la yang tak lepaskan peluang mengambil gambar di sini.

  Satu hal yang kurang senang dengan tempat ni adalah tahap kebersihan pantai.
Makin ramai pengunjung makin banyak pula sampah di merata tempat, sangat tidak bagus untuk aktiviti perlancongan. Mencacatkan pemandangan saja. 

Hampir sejam di sini, singgah sebentar di Pantai Irama pula. Makan dan lepak kejap di kedai makan layan mee celup dan makanan lain . Seronok sangat memandangkan dah lewat petang tak dapat la nak ke pantai kejap.

3 hari di Kelantan ikutkan memang tak cukup, dah lama tak balik Kelantan banyak tempat nak pergi. Sebelum balik singgah Pasar Siti Khadijah.

Hari pun dah tengah hari singgah makan di kedai makan dalam pasar tu j.Cuti sekolah Kota Bharu jadi sangat sesak. Fuhh sabar laa, nak dapatkan parking pun amik masa yang lama. Memang dah tahu dari awal tiap kali cuti sekolah memang sesak.



Dah siap beli barang nak bawa balik, meh la kita teruskan perjalanan semula.

Perjalanan di teruskan dengan singgah bermalam di Cameron. Selama ni tiap kali balik Kelantan singgah beli strawberi j. Kali ni kami sekeluarga bermalam di Meena Apartment.



Pengalaman Bermalam Di Meena Apartment, Cameron

Kami tiba dalam pukul 10 malam, di sambut dengan Puan Meena sendiri. Owh iya I dah booking homestay ni sebulan lebih awal melalui Booking.com 

Sebelum sampai ke apartment ni, call dulu Puan Meena untuk tentukan waktu kami tiba di sana, mudah la pihak pengurusan untuk hantar kunci.

Masa sampai parking pun hampir penuh, kami dapat apartment paling bawah jadi tak payah la naik tangga tinggi-tinggi kan.

Menurut Puan Meena, selain apartment yang kami sewa ni, ada banyak lagi di bawah jagaannya. Jadi kalau datang dalam kumpulan yang ramai boleh la sewa di tempat yang sama atau sekitarnya.




Pemandangan dari balkoni. 




Ada 3 bilik dengan 2 bilik air sesuai sangat untuk keluarga besar kami. Bersih dan senang berurusan dengan Puan Meena.


Kedai makan, kemudahan seperti bank, stesen minyak, pasar malam dan tempat lain pun berhampiran dengan apartment ini. Lain kali kalau datang ke Cameron boleh la bermalam di sini lagi.Puas hati sangat.


Bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan. Roti canai dan kuih muih


Sebelum balik singgah di Ladang teh berhampiran dengan apartment.




Selepas tu singgah ke ladang strawberi pula, tempat ni I tak dapat nak pergi tengok hanya duduk menunggu di kereta. Badan dah terlalu penat dan tak sihat.

Sayang seribu kali sayang, dah sampai tapi badan tak larat nak jalan.Sedihnya..

Budak kecik Ammar pula alhamdulillah aktif dan bersemangat nak teroka tempat baru.

Sesungguhnya percutian di Kelantan dan Cameron ini sangat seronok, dapat makan gulai kawah, berjumpa sanak saudara di kampung sekaligus bercuti bersama keluarga di Cameron.

Lain kali tempat lain pula kita terjah. Memang jalan-jalan cuci mata.


4 comments: