LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday, 7 March 2018

Berhujung minggu di Sungai Petani Kedah

Assalamulaikum, setelah lama berehat dari sebarang update. Baru jer pulang dari Kedah mengikut encik hubby bekerja, rancangan asalnya mahu pulang ke kampung di Sungai Besar, memandangkan tak jadi lalu kita ikut encik hubby pula.

Kali kedua ikut encik hubby pergi kerja ke Sungai Petani, Kedah, seperti pengalaman lepas boleh baca di sini---

Perjalanan Ke Kedah| Singgah Sebentar Di Hentian Rehat

Perjalanan Ke Kedah| Check in di Swiss In Hotel Sungai Petani

Perjalanan Ke Kedah| Menjamu Selera Mee Udang Sedap Di Changkat Jering

Untuk kali ni , kami pergi dengan keluarga sebelah encik hubby pula, meriah kau kalau jalan ramai-ramai. Kalau yang lepas kita check in Swiss In Hotel, kali ni cuba pula hotel lain iaitu Emerald Puteri Hotel.

Lokasi hotel ni lagi dekat dengan kemudahan seperti bank, kedai serbaneka, dobi, stesen minyak dan macam-macam lagi termasuk la kedai makan.

Hotel Review - Emerald Puteri Hotel Sungai Petani Kedah

Lebih kurang jam 12 malam kami sekeluarga tiba di hotel, walau dah lewat malam staff hotel tetap ada membantu kami membawa beg ke bilik.

Masuk bilik benda pertama yang dilakukan mesti ambil gambar..hihihi...





Antara banyak benda tentang bilik ni, I paling suka dapat mandi air panas dalam bathtub..fuhh rasa sangat relax.. budak kecik Ammr pun tak melepaskan peluang berendam air suam. Dalam sehari ada la 3 atau 4 kali dia berendam..sabar j la..

Kedudukan hotel ni pun sangat la strategik di mana berhampiran hotel ada saja kemudahan lain jadi tak payah pusing kepala mencari ATM atau stesen minyak. Parkson pun dekat j dengan hotel tapi kita tak sempat nak terjah memandangkan banyak tempat nak pergi. Lain kali mungkin hihihi..

Sepanjang menginap di hotel ni, layanan staff sangat la baik contohnya seperti bila pintu bilik tetiba tak berfungsi di mana bilik tak dapat dikunci cepat j staff maintenance datang membaiki.

Kolam renang pula tak de la besar mana jika dibandingkan dengan hotel terdahulu, tapi masih lagi boleh layan nak pula di hari kedua bila tiada orang, kolam renang itu bagaikan kami yang punya.

Cuma yang kurang ada siaran tv yang kurang jelas, tapi apa adehal sebab masa kami banyak di luar bila sampai hotel selalunya tv yang tengok kita..penat sangat badannya sampai tengok tv pun boleh terlelap.

Aktiviti di Sungai Petani

Check in j hotel terus bersihkan diri, konon nak rehatkan badan la pula, penat weh sehari suntuk dalam kereta. Tetiba budak kecik Ammar cakap lapar sambil menunjukkan perutnya tanda lapar sangat la tu.

Meh la kita mencari makan, dah lewat malam ada lagi k kedai makan yang masih buka?? nasib baik la di seberang jalan ada kedai mamak, jadi beli aja la di situ janji budak kecik Ammar ni dapat makan. Bungkus roti canai dan maggi goreng, sampai bilik makan ramai-ramai..seronok

Kali ni kami sekeluarga tak breakfast di hotel, saja nak rasa sarapan pagi lain pula. Tak jauh dari hotel ada sederet kedai makan, macam biasa sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak dan tak kurang juga lauk pauk seperti gulai kawah.

Hahh nampak j gulai kawah terus tak pikir panjang cepat j masukkan dalam pinggan. Dari segi harga masih lagi tahap murah..syok nye datang Kedah, itu dah salah satu perkara yang best bila datang sini.

Selesai sarapan pagi, bawak la pakaian kotor ke kedai dobi layan diri, terletak di seberang jalan hotel. Senangkan bila ada dobi ni, tak payah la kita berkira-kira nak pakai baju, kotor j terus basuh dan keringkan terus dah boleh pakai balik.

Lain kali tak payah bawak banyak baju lagi, janji ada dobi berhampiran hotel. Sebelum balik hotel singgah KFC bungkus makan kat bilik sambil menunggu encik hubby habis kerja.

Lebih kurang jam 4 lebih sesudah encik hubby habis kerja dan rehat, bermula la aktiviti cuci mata dan jalan-jalan cari makan. Destinasi pertama kita adalah sini

Kafe Milla Hana Pulut Kedah


Berhadapan Pasar Awam Tikam Batu Sungai Petani, kami cuba la makan cendol dan pulut durian dan juga ais krim durian, boleh la setakat nak rasa durian tu...







Antara Menu Di Kafe ni

Pantai Merdeka, Kedah



Destinasi seterusnya di Pantai Merdeka Kedah, akhirnya sampai juga di sini. Suasana yang mendamaikan, cuti hujung minggu ramai yang tak lepaskan peluang bawa keluarga masing-masing bersiar-siar di tepi pantai.



Sambil menikmati pemandangan di pantai, boleh la sesekali mencuci mata di deretan kedai yang menjual pelbagai barang, dari makanan sehingga la pakaian dan macam-macam lagi.

Kebetulan masa tu ada pertunjukan ular dan jualan ubat, berhenti sekejap tengok. Sebelum pulang sempat juga menjamu selera, kali ni I makan bihun sup j.


Food Festival Sajian Makanan Halal Malaysia dan Thailand

Badan dah mula terasa penat ingatkan terus balik ke hotel, tapi menyinggah di Menara Jam Besar Sungai Petani, kebetulan masa ni ada food festival jadi singgah la tengok apa yang menarik.


Puas hati balik ke hotel berehat, encik hubby pula keluar mencari makan malam dan bawa pulang ke hotel. I pula terus tertido tak ingat apa, penat sangat kan..

Hari terakhir di Kedah kami bersarapan di kedai pasar awam Tikam batu, lepas sarapan jalan tengok ke dalam pasar...

Singgah Sebentar di Penang

Sebelum balik Kuala Lumpur, kami sekeluarga sempat la naik feri terus ke Penang. Teruja sangat budak kecik Ammar, mana taknya ini adalah kali pertama dia naik feri, mula la buka cerita karakter karton yang dia tengok di tv.

Sambil dukung budak kecik Ammar melihat keliling feri, seronok sangat bila feri mula bergerak.

Jalan-jalan cari jeruk itu dah semestinya kan. Rambang mata memilih jeruk yang di sukai. Lagi best bila kedai tu bagi tester bukan main seronok la sambil makan dan memilih, rasanya hampir habis jeruk untuk tester kami makan.

Memandangkan masa mencemburui dan agak lewat petang hanya beberapa tempat j yang sempat kami singgah di Penang.

Ikutkan hati mahu saja menambah hari di Penang pula, tapi apakan daya kita datang bukan untuk bercuti sekadar menumpang encik hubby yang kebetulan ada kerja di Kedah.

Bila datang beramai-ramai rasanya lebih seronok dan banyak lagi pilihan tempat nak pergi.

Dalam perjalanan pulang encik hubby sempat bawa kami sekeluarga makan di Restoran Mee Udang Nur Zetty. Ini kali kedua I datang makan. Kali ni I pilih Mee sup daging j.

Lepas tu teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah hampir pukul 1 pagi. Itu baru cerita awal bulan Mar ni.. hujung bulan pula bakal balik kampung di Kelantan pula. Syoknye cuti ..

9 comments:

  1. jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tgok Nia selalu jalan- jalan dengan family...

    ReplyDelete
  3. Aj sendiri belum pernah sampai ke Sungai Petani , teringin juga, orang kata kalau ke Kedah ni makanan depa murah-murah kan.. :) terima kasih singgah ke www.anajingga.com :)

    ReplyDelete
  4. Pasti seronok bercuti beramai-ramai sekeluarga kan, sambil makan-makan dan jalan-jalan. Nice sharing

    ReplyDelete
  5. SEDAPNYA CENDOL PULUT!!!! Yummyyy... sis pun bru lepas cuti ke utara. anyway, done folow blog ni.. salam kenal =D

    ReplyDelete