Masa kecik-kecik dulu, arwah atok rajin buat roti canai sendiri. Malam hari mengadun tepung dan disimpan untuk dimasak esok pagi.
Waktu pagi arwah atok dah pesan sape nak makan roti canai, sila la menebar sendiri. I dan adik yang besar ape lagi, mula la menebar. Kitorang menebar roti canai atas dulang besar j. Itu memori masa kecik dulu.
Sekarang kalau teringin nak makan roti canai cari jer sana sini jual.
Tapi kali ni rasa teringin nak buat sendiri. Hanya guna apa yang ada di dapur jer.
Sedap di makan dengan Kari, sambal bilis atau Susu pekat manis
Bahan-bahannye
Tepung gandum - 2 cawan
Marjerin - 1 sudu
Air
Garam secukup rasa
Susu pekat manis - 1 sudu (ini I baca dari Facebook sape tak ingat, fungsinye bagi garing roti canainye)
Cara-cara:
Campur kan semua bahan, air tuh tuang sikit-sikit. Adun semua bahan hingga la rasa tak melekat di jari. Dah siap simpan la untuk semalaman atau paling kurang 3 jam sebelum masak.
I simpan dalam peti ais, bila nak masak kena keluarkan dulu. Adunan dah lembut boleh la menebar dengan tarik sehingga nipis. Buat gaya macam penebar roti canai tuu.. siap sekarang boleh la masak.
No comments:
Post a Comment