LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Saturday 14 July 2018

Layan nasi Arab ni tempat baru, Damansara Utama

Pertama kali nampak restoran ni bila encik hubby bawa jalan-jalan area Damansara Utama. Sedang encik hubby bawak kereta, kita yang duk sebelah pula mata  duk melilau tengok kiri kanan, kot la ternampak tempat best yang boleh kita terjah. Pantang nampak tempat baru mesti nak tengok sekeliling.



Yup sedang elok tengok ke luar tingkap, nampak la sebuah restoran ni. Lambogi, mula tu nampak nama kedai ni dari jauh, ku ingatkan satu restoran Korean dek kerana nama yang ala-ala macam bulgogi. Hahaha sekali silap, makin dekat baru la nampak di bawah nama LAMBOGI Arabic & Western.

Wah menarik ni, bukan sekadar ada makanan Arab jer Western pun ada. Boleh la ajak sesapa teman makan di sini. Bukan penggemar makanan Arab pun boleh join, tak nak makanan Arab boleh la pilih western kan.

Minggu berganti minggu, akhirnya malam tadi encik hubby bawak kita makan malam, katanya ada kawan nak belanja makan. Langkah kanan betul, memang tempat yang kita teringin nak datang.

Disambut kawan encik hubby yang dah sedia menanti, apa lagi buat pesanan tambahan dan nikmati hidangan malam. Macam biasa nasi Arab memang jadi pilihan utama, sambil menyembang kita nikmati hidangan yang disediakan. Sedap dan enak , paling kita suka nasi nya yang lembut dan sedap, makan nasi saja pun dah sedap cukup rasa di tambah bila makan dengan lauk di sisi.

Walau kita pesan chicken mandy rice, yang dimakan lamb mandy rice..hahaha sebab kita penggemar daging kambing. Disebabkan makanan yang banyak walau sepinggan nasi, tetap la tak habis kena kongsi makan baru la habis. Atau boleh juga ditapau untuk dibawa balik lebihan makanan tu.

Disebabkan sangat teruja nampak makanan sambil menyembang, terlupa nak ambil gambar pula. Alahai sedihnya..

Review Lambogi Arabic & Western Restaurant

Seperti yang pernah kita makan di restoran Arab lain, di Lambogi juga tak kurang hebat, tempat yang selesa dan makanan yang dihidangkan pun sedap. Boleh datang lagi untuk masa akan datang, mana tahu boleh kenalkan pada kawan atau keluarga pula kan. Tempat sedap elok la dikongsi bersama orang lain.

Dah kenyang hati pun senaang, jom la kita pulang budak kecik Ammar dah lama lena penat sangat bermain sehari suntuk.

2 comments: