LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday 13 June 2018

Drama NUR | Episod Akhir


Sejak drama #Nur mula ditayangkan,  drama ni dah jadi trending. 

Sana sini duk sebut pasal drama #Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Paling hangat episod #supbunjut yang kononnya sihir dari Nur. 

Makin seronok tengok drama ni, tak sabar tengok apa pengakhiran kisah Nur. Bahagia atau derita.

Hari ni episod 19 merupakan episod akhir Nur. Tak sabar menunggu, katanya Nur diceraikan suaminya Ustaz Adam.

Pelakon

Amyra Rosli  sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Laila Nasir sebagai Mona
Noorkhiriah sebagai Aishah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Dating ibu Hajah Musalmah
Raja Atiq sebagai Amirul
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Elmy Moin sebagai Marzuki
Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
Julie Zainal sebagai JoJo

Sinopsis

Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin.

Adam merupakan anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya.

Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah.

Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aishah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan.

Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya.

Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, dia sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit "lain daripada yang lain" oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu.

Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur, seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. 

Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat.

Jangan lupa saksikan episod akhir Nur 
Jam 10 malam ini di Slot Samarinda TV3.





Sumber: Wikipedia 

1 comment: