LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday, 4 June 2018

Berbelanja Dengan Sifar GST

Foto watan-online.com

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus bermula 1 Jun 2018 yang lalu, nampaknya harga barang kebanyakan telah turun, walau sedikit. Alhamdulillah.

Baca juga : GST Sifar bermula 1 Jun 2018

Kalau sebelum ni kadar GST dikenakan sebanyak 6%, hati tu rasa resah j bila membayar. Kini boleh la tarik nafas lega. Maka boleh la kita mula beli barang buat biskut raya dan juga barang keperluan lain. hip hip horay...

Barang buat biskut dan kek pun bukan murah sangat tau, tengok la jenis biskut apa yang kau buat. Dapat jimat sikit jadi la. Sambil sibuk mengGOOGLE resepi biskut raya.

Dah dapat beberapa resepi mudah yang boleh dibuat. Tapi tengok juga la mood membuat tu, jangan ke laut dalam sudah la. Akhirnya kuih tunjuk juga yang jadi pilihan..hurmm..

Saja pilih nak beli lepas GST pada kadar sifar peratus, dapat la jimat dan beli barang lebih sikit.

Nak pula pelaksanaan ni bermula sebelum raya sedang elok masa kita nak buat persiapan raya. Sikit sebanyak membantu juga la kan.

Gembira bukan main tiap kali tengok resit tiada lagi GST 6%.

Hari pertama dilaksanakan dah ajak mak pergi shopping barang dapur dan keperluan lain. Dapat la beli barang lebih sikit. Dapat resit terus tengok harga barang.Nasib baik turun.

Walaupun GST sudah sifar peratus, kita perlu la juga sentiasa beringat agar sentiasa berbelanja dengan berhemah.

Jangan terlalu gembira walau tiada lagi GST 6%, kena la sentiasa berjimat. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Takat ni masih lagi mengekalkan beli apa yang penting dan perlu sahaja.

Dalam pada tu sempat juga la kita cuci mata di kedai handphone. Hurmmm nampak juga la penurunan harga tu..fuhh ada yang kurang sampai RM100 juga..

Selain tu, nak cite semasa nak pergi berbuka rumah adik, lalu la satu pasaraya baru buka bila di amati baru perasan itu ST Rosyam Mart milik pelakon Datuk Rosyam Nor rupanya.

Memandangkan dah lewat petang tak dapat la singgah, nak pula dari luar nampak macam ramai sangat pengunjungnya. Lain kali teringin juga singgah katanya harga barang murah juga. Tunggu kami terjah sendiri ye.

Bangga bila tengok anak Melayu berjaya membuka sebuah pasaraya yang besar macam tu. Tahniah buat Rosyam Nor.

No comments:

Post a Comment