LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 17 May 2018

GST Sifar Bermula 1 Jun 2018

Alhamdulillah akhirnya berita yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia, apabila Perdana Menteri ke 7 kita iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah mengesahkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018.

Berita ini disambut dengan gembira oleh rakyat kerana Kerajaan kini berjaya menepati salah satu manifesto yang telah dijanjikan.

Pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan ( Goods and Services Tax - GST) ini juga turut disahkan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mana merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Kerajaan.

Gembira bukan main bila berita pemansuhan GST ini benar-benar menjadi kenyataan berikutan sebelum ini tular di laman sosial kenyataan yang dipercayai palsu. Jadi lepas dengar jer berita ni, kita check dulu kesahihannnya.

Dah pasti baru la boleh sambung gembira balik. Untuk rekod cukai barang dan perkhidmatan (GST) ini mula berkuatkuasa bermula 1 April 2015 di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau kadar cukai hanya sebanyak 6%, kita sebagai pengguna turut terasa. Tiap kali tengok resit rasa sayu j.

Menurut Siaran Media dari Kementerian Kewangan Malaysia, bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang  dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%) berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018.


Selanjutnya boleh baca di siaran media di bawah

Siaran Media - Pengenaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan Pada Kadar Sifar

Berita gembira yang sangat di nanti rakyat Malaysia



*Selamat Berpuasa buat rakan pembaca..1st day puasa jangan ada yang buka periuk tengah hari nanti ea..hihihi






No comments:

Post a Comment