Tiap kali ada yang post kat Facebook gambar rumah kotor terus teringat pengalaman lalu beberapa tahun dahulu...
Kisahnya bila I dan kawan cari rumah sewa baru. Masih ingat lagi bila dapat rumah baru, pergi jumpa tuan rumah dulu konon nak tengok rumah tu dulu, tapi sayang tak dapat masuk hanya jumpa di luar sebab ada penyewa.
Sehari sebelum puasa dapat kunci, mula la pindah barang ke rumah baru. Konon kalau kotor pun tak de la teruk mana sebab penyewa sebelum tuh perempuan yang duduk.
Saat masuk rumah, tuan rumah dah menanti kitorang. Masing-masing terdiam, sebab tak tau la nak cakap ini rumah berpenghuni atau rumah terbiar???
Terkejut bukan kepalang ini bukan sikit-sikit punya kotor, ini dah rupa tempat pembuangan sampah. Nasib baik masa tu I tak de smartphone kalau tak mahu I share gambar berapa teruk keadaan rumah tuh.
Esok nak puasa wehhh.. mana kami nak tinggal?? Rumah lama dah la tak leh masuk lagi. Menangis tak berlagu la kita. Dalam terpaksa kitorang kemas la mana yang boleh. Sambil kemas sambil fikir macam mana la orang sebelum ni duduk. Nak jalan pun payah kotor sana sini.
Penyewa sebelum nih cuma 2 orang jer pun, perempuan bekerja tapi rumah macam haremmm...marah ooo..kalau uolls tempat I pun mesti akan marah juga.
Setelah kemas masih kotor juga, termenung kitorang. Tuan rumah cuba nak tolong, mereka minta kitorang duduk tempat lain sementara rumah di baiki. Barang yang dibawa tinggal jer dalam rumah,hanya ambil pakaian dan barang penting jer.
Maka menumpang la di rumah kawan kolej dulu. Nasib baik ada kawan yang sudi menolong, sebulan menumpang rumah orang, kadang datang juga rumah sewa bila nak ambil barang. Menangis ooo..
Lepas raya pindah balik rumah sewa tu. Rupa lepas tu memang cantik la..Habis tuan rumah baiki siap cat bagai. Ingat tamat la episod sedih, rupanya ada lagi.
Sambung lagi EA..Yang ni geli sikit..
Punya la happy bila rumah dah siap baiki, tapi sementara j tau. Masalah baru pula timbul. Lubang tandas pula boleh tersumbat..tiap kali melabur ada yang timbul...menangis lagi... Bilik air sekadar untuk mandi dan buang yang kecil jer. Hajat besar sila la buang kat office siap-siap.
Sambil tu kitorang cari rumah lain, tak sanggup laaa nak hidup macam tu..asik tersumbat jer..
Bukan tu j tau, I nih selalu keluar awal pagi sebab naik bas. Dekat rumah dah sembur perfume seharum wangi dah. Bila keluar rumah waktu tu laa orang tengah buat fogging..Tiap pagi I berbau semburan nyamuk. Sabar laa..
Setelah lama menanti dan mencari, akhirnya dapat rumah sewa baru, kali ni kita masuk tengok serik tau tak mau pisang berbuah dua kali..
Tinggal di rumah sewa baru sehingga la masing-masing kawen.
Pesan I , kalau sewakan rumah silalah jenguk juga rumah dapat penyewa yang bersih elok la barang. Dapat yang pengotor menangis la. Sebelum masuk menyewa masuk dulu jangan terus sewa kang sedih macam I.
Penyewa perempuan belum tentu rumah bersih, kadang lelaki lebih baik tau.Tak bersih sangat pun ok la lagi tapi jangan sampai nak letak kaki pun tak boleh..masih lagi fikir penyewa lama tuh masih meneruskan tabiat pengotor k?? Nasib laa...
No comments:
Post a Comment