LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday, 14 May 2018

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum buat rakan pembaca blog, setelah beberapa hari di sana sini terutama sosial media penuh dengan berita tentang #pru14.

Ada yang gembira tak kurang juga yang berduka dengan keputusan pilihan raya kali ni. Apa pun jadi moga kita rakyat Malaysia sentiasa hidup aman sentosa hendaknya.

Buat kali ni apa kata kita tinggalkan sebentar kisah pru14 tu. Padahal sejak pru14 ni rajin betul tengok berita nak update berita terkini. Kalau dulu mana mahu tengok berita tapi lani tertungu-tunggu pula. Penangan #pru14 Malaysia Baharu.

Jadi mari la ke topik asal di mana I nak kongsikan tempat makan yang best kat korang terutamanya peminat tegar resepi asli dari Pahang apa lagi kalau bukan ikan patin masak tempoyak.

Menulisnya saja dah buat rasa kecur air liur inikan pula bila dihidang depan mata. Tak boleh lupa bau yang menyengat dengan rasa ikan yang segar, nak pula makan dengan ulam-ulam dan sambal. Fuhh sedapnya la.. 

Rasanya orang lain dah lama tahu akan kewujudan kedai ni, tapi I lambat terjah padahal banyak kali lalu kawasan kedai. Mungkin di sebabkan kedai yang terletak bersebelahan lebuhraya jadi tak perasan ada kedai ikan patin masak tempoyak di situ.

Kalau nak tahu menu ikan patin masak tempoyak ni memang menjadi antara menu kegemaran sejak dulu. Tiap kali jumpa mesti nak rasa.

Sekarang tak payah nak ke Pahang mencari lauk ni, di Kuala Lumpur ni dah belambak orang jual, bezanya sedap atau tidak j.

Yela ikan patin ni kalau tak kena cara mau bau hanyir, mau putus selera makan.

Selama ni asal teringin nak makan ikan patin tempoyak, I selalu la jalan-jalan cari makan di Restoran Go'bang Maju Ikan Patin yang terletak di Sri Rampai Kuala Lumpur.

Tapi sejak tahu kewujudan kedai nan satu ni, boleh la menukar haluan di sini j yang mana lagi dekat dengan kawasan rumah.

Kak Nik Patin House Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tak perlu pergi jauh lagi, kawasan tempat tinggal pun ada rupanya..kita j yang tak tahu.


Periuk besar diguna untuk memasaknya. Mana bau tak semerbak.

Sampai j kat kedai benda pertama yang menusuk ke hidung adalah bau ikan patin tempoyak ITU.. fuhhh sedapnye..tak sabar rasanya.

Makan pula dengan ulam-ulaman dan sambal lagi la bertambah sedap, dari sepinggan nasi jadi bertambah pula.

Kepada yang tak suka lauk ni, jangan risau selain ikan patin tempoyak di Kak Nik Pantai House turut menyediakan lauk lain juga seperti di bawah.

ini baru sebahagian j tau


Kepada yang berminat nak tahu boleh la terjah di Kak Nik Patin House di 

LOT 28349 JALAN MASJID KG PANTAI DALAM
Kuala Lumpur



Nak parking memang payah sikit ini pun nasib baik kami sekeluarga datang awal dapat la menyelit di tepi jalan.

5 comments:

  1. Suka patin tempoyak..alaaaa...sedapnya...lama tak makan ikan patin..nak beli la puasa nanti..sure best berbuka puasa makan lauk ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terangkat bila makan lauk ni. mau bertambah nasi kan.yeay... jumpa geng suka makan patin tempoyak

      Delete
  2. Betulkah sedap ni? Jangan buat berita palsu, okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sedap juga , tapi kalau ada yang lagi sedap boleh la kongsikan tempat. mana tahu boleh rasa tempat lain pula

      Delete
  3. wahh nampak sedap sgt...rasa nak.g skrg je
    ..nyummy

    ReplyDelete