LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Sunday, 21 January 2018

Best Nasi Ayam Penyet di Jalan Klang Lama

Kedainya mungkin tak sehebat kedai ayam penyet popular lain, kedai pula hanya sebuah warung kecil di tepi jalan. Tapi sekali makan di sini rasa nak datang lagi. Dari segi rasa tak kurang hebat dengan kedai ayam penyet lain, itu yang istimewa makan nasi ayam penyet di Warung Ayam Penyet yang terletak di Jalan Klang Lama ni.

Buat penduduk sekitar sini mungkin perasan akan sebuah kedai makan kecil di tepi jalan Puchong ini. Kalau tengok luaran memang tak sangka ada menu sedap yang menanti penggemar nasi ayam penyet. Dari sambal ayam penyet sehingga ke sup memang puas hati makan di sini.

Macam I sendiri tiap kali makan di kedai Ayam Penyet, menu pilihan kalau bukan nasi ayam penyet itu sendiri atau pecel lele dan pastinya pilihan utama sup rawon di hidangkan dengan nasi panas. Fuhhh sedapnya la..

Memandangkan kita dah takde idea tempat menarik nak makan, maka ikutkan saja encik hubby pilih kedai makan. Kedai seberang jalan rumah kami jadi pilihan, ikutkan hati memang bukan pilihan nak makan situ, entah kenapa tak penah rasa nak pegi makan situ. Tapi kali ni kita ikut saja mungkin benar kata encik hubby ayam penyet di sini sedap..

Warung ni bebetul tepi jalan maka masa parking kereta tu elok-elok la ye, nak pula dengan budak kecik Ammar yang aktif ni memang kena berhati-hati mata ni sentiasa ikut ke mana dia pergi.

Warung Ayam Penyet



Keadaan kedai sangat bersih..hurmm puas hati bab kebersihan. Antara menu seperti ayam penyet, pecel lele, kembung penyet, soto, sup rawon dan bakso beranak. Amboi bakso beranak ko ek, teringin nak cuba, takpe kedai dekat j dengan rumah lain kali kita cuba ye.



Setelah menanti akhirnya sampai juga pesanan kita, sebelum sempat budak kecik Ammar ni menjamah makanan meh kita bawak dia basuh tangan sambil suruh encik hubby ambik gambar dulu...hehehe dah namanya blogger tak best kalau update blog takde gambar, rasa tak berseri j..

Ok pada I la, rasa ayam penyet ni biasa j tapi yang buat sedap tu adalah pada sambalnya..fuhhh sedap sedap...ini makanan encik hubby kita mintak cuba sikit konon nak rasa terus mintak sikit lagi makan dengan sup rawon. Sup rawon memang puas hati sup nya yang pekat dan isi daging yang tak kurang banyak sesuai la untuk sorang makan. Harga untuk nasi ayam penyet, sup rawon dan minuman berharga RM20.

Kalau haritu kita makan di kedai, semalam kita minta encik hubby tapau bakso beranak pula, pada I baksonya dari segi rasa biasa j tak boleh lawan bakso yang pernah I makan di pasar malam Setiawangsa. Bakso beranak ni bebola daging kot namanya hurmm saiznya agak besar dan seperti namanya ada anak-anak dalam tu..Saiz yang besar tak mampu I nak habiskan mudah kenyang. Jadi bakso di kedai ni bukan la pilihan I. Sup rawon masih menjadi pilihan utama...

2 comments:

  1. nasi ayam penyet ni kalau sambal tak sedap memang hambar. Jauh pulak nak ke puchong sana tu hihi. Singgah sini & follow awak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sambalnye paling penting. kalau sambal x sedap memang hambar j makan menu ni.

      Delete