LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday, 22 November 2017

Tips Memancing Bersama Anak Kecil

Sepanjang duduk di kampung banyak aktiviti yang telah dilakukan dari menemani bonda ke pasar membeli lauk basah, menikmati hidangan tengah hari di Restoran Lembah Bernam, sekarang bawa pula budak kecik Ammar pergi memancing.

Sebenarnya memancing ini adalah hobi encik hubby, sekali sekala boleh la kita ikut memancing, kalau selalu maaf la daku tak sanggup menunggu lama ditambah dengan anak kecil.

Sebelum pergi memancing encik hubby dah siap sedia barang yang perlu untuk memancing seperti umpan, batang pancing dan apa ntah lagi...

Tips memancing bersama anak kecil

Haa ini yang penting, kalau dah bawa anak kecil memancing, kita yang mak-mak ni perlu siapkan keperluan anak kecil seperti makanan, minuman dan baju kalau kotor.

Dengan budak kecik ni jangan buat hal, kalau tetiba lapar atau dahaga kan haru dah kena balik.


Dah sampai tempat yang sesuai, mari la kita keluarkan peralatan memancing. Budak kecik Ammar pun ada batang pancing sendiri tau. Cari tempat yang selamat untuk budak kecik Ammar dan layankan aje dia memancing. 

Walau tiada hasil buat Ammar, tapi syok juga la konon dah pandai memancing. Hurmm.... Lepas ni bising la mulut tu bercerita yang dia pun pandai memancing seperti ayah. 

Setelah beberapa jam memancing, dapat la juga 5 ekor ikan seperti haruan dan lain-lain.

APA pandang-pandang!!
Ini salah satu hasil pancingan.

Macam I cakap sebelum ni, aktiviti memancing ni memang seronok TAPI buat I, sekali sekala boleh la layan. Daku boleh tahan untuk beberapa jam saje, 2 jam pun dah kira lama tau. 

Setelah berminggu di kampung akhirnya tiba masa untuk pulang ke rumah sendiri. Alasan balik kampung pun sebab nak cabut gigi sebab dah biasa dengan klinik di kampung. Syok betul tiap kali balik kampung. Sekian untuk kali ini. Assalamualaikum..


#blogger #lifestyle #sungaibesar




No comments:

Post a Comment