LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Tuesday 24 October 2017

SAMYANG 2X SPICY CHICKEN RAMEN

Ini selepas baca post dari blog mamapipie.com tentang cabaran samyang ramen pedas Korea  ,  I  pun apalagi bila en hubby ajak ke kedai laju j terpikir nak cari samyang juga.

Mula tu ingat nak beli sebungkus j sebab nak rasa je. Tapi sayang dekat Checkers supermarket hanya dijual dalam pack yang banyak j, harga boleh tahan.

Memandangkan mamapipie kata ramen nih pedas tak berani juga nak beli banyak.

Kira ni pertama kali nak makan. Takut-takut juga la nak cuba, sebab pedas. Akhirnya I beli yang dalam mangkuk.

2x spicy fuuhh..


I jumpa dalam bekas mcm ni. Lepas check tanda halal terus ambil dan bayar.

Sampai rumah baru perasan ini samyang 2x spicy, makin pedas k?? Aihh takut plak, sebab nampak yang ini j terus ambil.


Esoknye I cuba makan. Masak seperti tertulis di bekas tu...

Tadaa ...

Saat yang paling di nantikan, suapan pertama masih ok.. suapan seterusnya fuhhh air mana air..

Pedassss.... Oh... tapi sedap.. makan sampai habis sambil sulam minum air..tak tahan la mesti nak air juga.

Dah habis perasan bibir rasa macam tebal, tengok cermin.. haaa ambik keliling bibir jadi merah.. lama juga la nak hilang rasa pedas tuu.. ramen nih sedap tapi memikirkan pedas fikir banyak kali nk makan lagi.

Baca:Lunch Di 4Fingers Crispy Chicken

4 comments:

  1. Akak surrender..tak leh la makan hat yang ni...pedas giler..sesudu tu dah pijar mulut..tp anak dara akak relax je makan...

    ReplyDelete
  2. Sedap ke? Saya memang x berapa dengan pedas2 ni....

    ReplyDelete