foto dari Google
Kalau ikutkan drama nih dah lama, tapi I baru jer berkesempatan tengok itu pun sebab TV9 yang siarkan. Sebab utama I layan drama nih sebab ada Choi Ji-Woo.. Dah lama tak tengok lakonan dia, last ritu The Suspicious Housekeeper.
Selain Choi Ji-Woo, pelakon lain yang turut berlakon dalam drama Second 20s seperti Lee Sang Yoon, Choi Won Young, Kim Min Jae dan ramai lagi.
Drama Second 20s ini mengisahkan tentang Ha No-Ra iaitu Choi Ji-Woo yang kini berusia 38 tahun, pernah berimpian untuk menjadi seorang penari ketika masa remaja. Sebaliknya berlaku apabila No-Ra bertemu suaminya Kim Woo-Cheol lakonan Choi Won Young dan menjadi ibu pada usia 19 tahun.
Sejak dari itu, dia mula fokus kepada kehidupannya sebagai isteri dan ibu.
Setelah beberapa tahun menjalani kehidupan yang sama, No-Ra membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Universiti yang sama dengan anaknya yang berusia 20 tahun, dan mula menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti usia 20 tahun.
Seronok tengok drama ni, macam-macam berlaku pada Ha No-Ra, kesian dia bila suami yang konon nampak baik sebenarnya telah curang sebab tu la asik nak bercerai j.
Kadang bagus juga sesuatu yang buruk itu berlaku, contoh seperti drama nih, Ha No Ra dapat menyambung pelajarannya semula dan menjalani kehidupan yang lebih baik dari dulu.
Dia bangkit menjadi seseorang yang lebih berdikari jadi tak der la suami dia asik pandang rendah j kan.
Dalam setiap drama mesti ada terselit kisah cinta kan. Drama ni pun tak terkecuali nak juga tahu apa yang terjadi di antara Ha No-Ra dan rakan baiknya masa sekolah dulu yang kini menjadi pensyarahnya di Universiti yang sama.
No comments:
Post a Comment