LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Sunday, 29 October 2017

Beli Lauk Di Pasar Sungai Besar

Tiap kali balik kampung di Sungai Besar, Selangor mesti ke pasar membeli barang dapur. 

Barang basah di pasar ni memang murah dan banyak pilihan, memang selalu beli untuk bawa balik ke Kuala Lumpur.

Sambil menunggu bonda membeli lauk basah, bawak Ammar membeli bahulu panas dan air jagung. Tiap kali ke pasar Sungai Besar ni tak sah kalau tak singgah.




Tunggu j di sini sambil baca Bajet 2018, waaa agak menarik juga isi Bajet kali ni.. cari juga pape yang terkena untuk kita.

Best nye dekat pasar ni, kita boleh beli bahulu panas yang baru masak. Datang j kedai tu mesti mintak yang baru angkat. Sedap sangat makan panas-panas.

Sebelum balik singgah beli rojak pula, masih lagi di kawasan pasar. Rojak di kedai ni pun sedap juga.

DEEN Rojak memang sentiasa jadi pilihan, selain Rojak, ada juga mee goreng, air jagung dan cendol juga.

Ini baru sebahagian cerita di kampung. Lain kali kita kongsi lagi cerita menarik sepanjang di kampung. 

2 comments:

  1. ya allah..sedap bangat nii..ina mmg jadi ketagih tau, weekend mesti mau cari benda benda cemni

    ReplyDelete