LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Sunday, 10 September 2017

MPH Mid Valley : Ammar mencari buku

Assalamualaikum rakan pembaca..

Malam tadi bawak budak kecik Ammar ke MPH Mid Valley, tujuan utama nak beli buku mewarna. Salah satu aktiviti Ammar mewarna buku atau lebih kepada menconteng, hurmmm tak kisah la.

Teruja bukan main budak kecik Ammar bila sampai sini tau, eh bukan anak j yang teruja mama pun sama. Yela MPH ni salah satu tempat kegemaran I tau.

Kalau bujang dulu sini la tempat lepak berjam-jam lamanya. Sambil mencari buku sempat juga baca kalau suka terus beli.

Seronok sangat la kalau dikelilingi dengan buku. Ops.. sudah melalut sampai mengenang kisah lalu pula.

Mari kita sambung semula kepada budak kecik Ammar ni pula.


Belek tiap gambar teruja tengok kereta

Buku pilihan Ammar dah tentu yang berkaitan dengan kereta nama pun budak lelaki suka sangat dengan kereta. Bagi j budak Ammar pilih sendiri buku yang dia nak. Dah dapat terus ajak balik tak sempat kita nak tengok buku lain sabar j laaa..

Dah dapat buku yang Ammar suka

Nak pegang sendiri

Dalam kereta dah sibuk nak mewarna teruja la kononnye. Bangun pagi dah bertanya mana buku dan warna.

Kalau dulu MPH ni tempat kesukaan I, lani bawak Ammar pula biar anak minat dengan buku jadi ulat buku tak p jangan ulat bulu sudah la...Lepas ni boleh la sama-sama dengan anak melepak di MPH lagi.

4 comments: