LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 14 September 2017

Hobi baru: Belajar mengait Crochet

Melayan hobi baru mengait crochet. Masih lagi tahap belajar, biasa la belajar sendiri nih hanya berdasarkan video you tube atau blog yang mengajar mengait crochet. Jadi amik masa sikit la nak pandai.


Bila dah jadi syok die bukan main bangga pada diri sendiri. Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni selain buat kerja rumah yang dah sedia ada baik la I buat benda baru. Bosan juga asik hadap benda sama j hari-hari.

salah 1 projek yang dah siap baby booties

masih tak puas hati lagi..

Setakat nih baru belajar guna 1 jarum, dan baru j nak celik tentang jenis benang. Jarum pun ada saiz mengikut benang yang di guna. Sejak mengait nih baru la tahu benang kait ada banyak jenis dan tiap benang bergantung pada projek yang kita nak buat.

Owh ya harga benang pun boleh tahan bergantung pada jenis benang yang di guna. Macam I nih mula-mula guna benang brand Nona yang biasa tu jadi murah la sikit. Lepas ni nak cuba benang lain pula untuk projek seterusnya..harap hobi ni bertahan laaa...


3 comments:

  1. wah..Kita ada hobi yang samalah.. selamat mengait :)

    ReplyDelete
  2. wah terernya. saya memang tak reti. tapi dulu ada kawan skerja pandai mengait sambil bisnes ambil tempahan. cecomel hasil dia.

    ReplyDelete