LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday 4 September 2017

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Korban/Haji disambut seluruh umat Islam di dunia. Tahun ni Raya korban jatuh pada hari Jumaat 1 September 2017.

Masa kecik-kecik dulu memang syok sangat, tiap kali ada orang sembelih lembu kita yang budak nih laju duk depan nak tengok. Meriah la bila ramai-ramai berkumpul tengok orang sembelih lembu. Dah besar nih segan pula, tengok dari jauh j la.


Dah selesai melapah dan bahagikan daging, aktiviti memasak pula. Haa nih la paling best, macam-macam menu seperti sup daging , gearbox, cicah perut atau yang glamor kat Kelantan daging masak singgang, daging goreng kunyit, gulai kawah dan lain-lain. Paling best kalau semua sanak saudara berkumpul sama, meriah tau..

Hari Raya Aidiladha ni bukan takat sembelih lembu j tau.  Di sebalik sambutan perayaan ni pun kita kena fahami. Sama-sama la kita mengingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Nak tahu lebih lanjut klik link nih https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

Buat semua teman-teman selamat Hari Raya Aidiladha.

#cutipanjang
#harirayaaidiladha
#korban
#sembelihlembu
#hati2balikkl

No comments:

Post a Comment