LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday, 29 June 2018

WORLD CUP 2018 | Jepun Wakil Tunggal Asia ke Pusingan 16 Piala Dunia

foto:fifa.com

Sejak akhir-akhir ni banyak berita panas yang bertebaran di sana sini, terbaru pasal beg jenama Bijan yang tular di media sosial. Mula ingatkan itu sekadar gurauan netizen semata-mata alah cubalah terbalikkan nama Bijan tu jadi apa? Opss.. rupanya ada kaitan dengan rampasan beg jenama itu.

Bertambah jenama baru yang mula ku kenal. Kalau yang lalu Birkin kini Bijan pula. Bila selidik harga beg Bijan, amboi melampau-melampau harga sesuai untuk orang berada j yang pakai, kita yang takat ada-ada ni hanya mampu tengok jer la sambil tutup mulut yang terlopong dek dengar harga berjuta tu.

Malas nak sentuh topik tu kita sembang jer pasal topik yang sedang hangat dah tentu la Piala Dunia 2018 yang tengah berlangsung jauh di Rusia tu.

Senarai pasukan yang berjaya ke pusingan 16 Piala Dunia telah pun dikeluarkan, boleh lihat di SINI

Selepas kekalahan pasukan Jerman kepada Korea Selatan yang lalu, tinggal la beberapa pasukan pilihan lain yang tinggal untuk terus kita ikut tonton perlawanan. Sedih eh bila Jerman tersingkir.

Antara pasukan lain yang juga menjadi pasukan kegemaran yang I sokong seperti Portugal, England dan Brazil, yang tiap perlawanan ni kena tengok. Harap salah satu pasukan kegemaran yang tinggal dapat la sampai ke peringkat akhir.

Menariknya antara banyak pasukan yang berjaya ke pusingan 16 Piala Dunia, terselit pasukan Jepun yang juga menjadi wakil tunggal Asia ke Piala Dunia 2018 di Rusia. Tahniah pasukan Jepun.

Walau Korea Selatan berjaya menewaskan Jerman pada perlawanan yang lalu, namun Korea tidak dapat meneruskan aksi di pusingan seterusnya. Takpe lah janji ada juga Jepun sebagai wakil Asia.

Untuk pusingan ke 16, Jepun bakal bertemu Belgium yang berlangsung di Rostov Arena pada 2 Julai 2018.

Senarai Pemain Jepun

foto: fifa.com




1 comment:

  1. cayalah Jepun mampu mara sampai ke peringkat ni..

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete