LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday, 4 June 2018

Drama adaptasi Novel | Isteri Untuk Diiktiraf

Foto URTV

Hari tu pertama kali layan drama Isteri Untuk Diiktiraf yang sedang ditayangkan di tv 1.

Tengok pun sebab adik yang beria suruh alih tv 1, konon katanya ada cerita best.

Bila kita dah tertinggal beberapa episod tu, mula la jadi blurr tak faham jalan cerita. 

Tanya itu ini , kenapa dan siapa setiap watak yang dimainkan.

Walau agak ketinggalan, drama ni dah mula menarik perhatian dan rasa seronok pula nak ikut drama ni.

Sedikit maklumat tentang drama ini yang rupanya hasil adaptasi dari novel.

Tajuk drama: Isteri Untuk Diiktiraf
Tayangan : Tv 1 (slot widuri) 
Waktu siaran : Isnin - Ahad, 7 malam
Penulis Novel: Nurfaza Alisya
Arahan: Azman Yahya (Jinggo)
Pelakon : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza dan ramai lagi.

Sinopsis drama Isteri Untuk Diiktiraf

Kisah Safiyya (Elvina Mohamad) dan Tengku Wildan (Redza Rosli) yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal.

Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie (Arash Mohamad) demi tok aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti.

Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie (Shahz Jaszle) secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya.

Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang menguasai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia (Janna Nick) memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri.

Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu?

Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona (Sheila Rusly) tetap berkeras mahukan Bella(Dayana Roza) menjadi menantu? 


sumber rujukan : wikipedia

1 comment: