LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday, 28 June 2018

WORLD CUP 2018 | Bila Jerman kalah pada K-Pop

Assalamualaikum..hey siapa tengok bola malam tadi?? Perlawanan antara Jerman dan Korea Selatan. Ku sangkakan Jerman yang menang, tapi lain yang jadi. Abang K-pop pula yang berjaya menundukkan Jerman.

Foto : EPA-EFE


Jerman dari dulu memang pasukan kegemaran I, tiap kali world cup Jerman sentiasa di nanti. Konon memang harap jadi juara la tuk World Cup 2018 ni. Tapi hampa....

Sentiasa tunggu bila ada perlawanan melibatkan Jerman. Tapi selalunya terlepas, sehingga la malam tadi.

Nak plak bila Tv 2 duk siar movie Dilwale Dulhania le Jayenge, hati mula berbelah bagi nak tengok yang mana satu. Konon kalau tak tengok perlawanan tu Jerman pasti menang la.

Akhirnya ku pilih bola juga memandangkan lagi best kalau tengok siaran langsung dari ulangan. Movie Shah Rukh Khan tu nanti kita tengok lain kali.

Dari awal perlawanan duk sokong Jerman, dengan budak kecik Ammar sama-sama bersorak tiap kali bola hampir masuk gawang. Tapi sayang ntah apa la kena susah betul nak masuk.

Nasib baik la tengok perlawanan bola ni di rumah, kalau di kedai atau tempat penuh orang mau segan nak bersorak. Dulu masa zaman bujang, tiap kali World Cup dengan kawan-kawan keluar tengok kat mamak. Rasa puas tengok dekat screen besar sambil makan roti canai.

Zaman belajar pula tidur depan tv menunggu waktu siaran. Tapi yang ni kawan aku tak kejut pun ajak tengok, konon aku lena sangat jadinya die sorang layan bola, sabar j laa..

Lani pula bila dah berkeluarga, layan bola di rumah j la. Budak kecik Ammar pula ikut sokong pasukan mana yang kita sokong. Kalau tengok di kampung bersama keluarga dah tentu riuh rendah sebab mak aku pun suka tengok bola. Lagi excited dari orang muda hahaha...

Eh berbalik pada perlawanan tadi, akhirnya ada juga gol di masa kecederaan dari pasukan Korea Selatan. Sungguh tak sangka pada minit ke-94, Young Gwon Kim berjaya menjaringkan gol pertama buat Korea. Duhhh terkejut tak sangka oiiiii....

Menambah kedukaan apabila Korea Selatan sekali lagi menambah gol kedua menerusi pemain Heung Min Son pada minit ke-96. Bagaimana gol ini terjadi?? malas nak ulas rasa stress bila ingat balik.

Foto:hmetro.com

Permainan tamat dengan Korea Selatan 2 - 0 Jerman. Tahniah pada pasukan Korea Selatan. Abang K-pop memang wehhh..

Lepas ni tunggu pasukan mana yang berjaya ke peringkat akhir pula. Tak sabar menanti.

1 comment:

  1. Tak minat bola. Tapi tak sangka Jerman boleh Kalah dengan Korea ☺

    ReplyDelete