LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Sunday 24 June 2018

Aktiviti Raya 2018

Assalamualaikum..masih lagi dalam mood raya.

Selama berhari raya bermacam-macam aktiviti yang dilakukan bersama keluarga. Kalau entri yang lepas kami sempat la buat shellout makan bersama keluarga. Boleh baca di SINI

Kali ni pula I kongsikan aktiviti seterusnya. Memandangkan kampung sendiri dan belah suami dekat satu daerah berlainan kampung saja. Jadi berulang alik la kita, kejap beraya di rumah keluarga, kejap lagi dah ada di rumah mertua pula.

Penat tapi seronok sebab dapat berkumpul dan bersama kedua-dua belah keluarga. Beraya sakan menziarahi sanak saudara yang dekat dan jauh. Lama tak berjumpa jadi bermacam cerita dikongsi pada masa ni. Dalam pada tu sempat juga membawang hahaha..

Bila dah jemu makan kuih raya sekali adik bawak ni pula. Semua pakat merasa sedap sangat weh.

Si adik pula teringin nak makan laksa sebelum balik Kuala Lumpur. Layan kan aje selera makan.

Owh iya, kawasan kampung I ni kawasan sawah padi, jadi tiap kali lalu j pasti jumpa kereta elok parking tepi jalan. Dah tahu mesti ada yang turun dan tak lepaskan peluang merakam foto berlatar belakang sawah padi. Padi pula tengah cantik menghijau.

Kami pun apa lagi, terjebak sama dengan aktiviti berswafoto di sawah padi. Sebelum ni takde makna nak amik gambar di sawah padi. Kali ni kita pun ikut join sama.

Ada-ada j adik-adikku ini.

Itu baru aktiviti belah keluarga daku. Ini pula aktiviti belah suami, sebenarnya banyak lagi aktiviti cuma tak sempat amik gambar. Banyak sangat.

Kali ni beraya jauh ke Perak, sempat la singgah solat di Masjid Ismailiah, I suka masjid ni cantik dan bersih. Tertarik nak rakam buat kenangan.


Setelah penat beraya di rumah sanak saudara di Perak, tak sah kalau tak singgah Lumut. Kalau sebut j Lumut mesti terbayang akan hasil laut yang di jual di sana. Ikan bilis, aneka makanan ringan berasaskan hasil laut dan bermacam lagi.


Rambang mata tiap kali datang sini


Sayang bini tak?? kalau sayang beli la ikan bilis mata biru ni. 

Antara kedai yang selalu kami terjah tiap kali datang ke Lumut
Hasil Laut Jamilah


Sebelum pulang kami sekeluarga singgah makan di restoran berhampiran. Tak ingat nak amik gambar penat punya pasal, nama kedai pun tak tahu. Sedap dan murah berbaloi-baloi makan. Lain kali kalau berkesempatan datang lagi akan ku ambil gambar.

Syoknya raya, sambil beraya sempat cuci mata jalan-jalan,makan-makan. Masih ada banyak masa nak terjah tempah lain pula. Raya kan sebulan hihihi...

Dalam asyik beraya jangan lupa kawal makan, kesihatan kena jaga. Tengok-tengok juga kalau ada penyakit berjangkit terutama kanak-kanak. Boleh rujuk tips di bawah.






untuk pertanyaan klik http://mommymoederain.wasap.my/

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya nia. Del beraya di negeri sembilan.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya nia. Del beraya di negeri sembilan.

    ReplyDelete
  3. hahaha comel je yang mata biru sayang bini tu. first time jumpa nama jenis ikan bilis ni heee.

    p/s: jemput join segmen blog saya! :D

    ReplyDelete
  4. Paling suka suasana kampung yang ada sawah padi...SA kalau nak rasa beraya suasana kampung sure ikut adik balik umah mertua dia kat Perlis..ni lama dah x pergi..

    ReplyDelete