LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday, 21 December 2017

MUSIM 2 : Ejen Ali Di Akademi MATA

Assalamualaikum.. sejak terjebak dengan cerita animasi Ejen Ali terus berminat ikut cerita ni. Dari saja teman budak kecik Ammar terus melekat sama, lagi pun Ejen Ali ni bersiaran setengah jam j, jadi boleh la kita menunggu.



Sambil menanti episod baru ke udara, meh kita review sikit cerita animasi yang tengah popular di Malaysia serta kongsikan serba sedikit cerita EJEN ALI MUSIM KE 2 ini mengikut misi.

MISI:AKADEMI

Episod pertama menyaksikan Ejen Bakar, Ali dan Alicia berjaya melaksanakan misi menentang Komeng dan konco-konconya.

Di sekolah pula, Ali telah dimasukkan ke dalam Kelab Pengumpul Setem di bawah bimbingan Cikgu Bidin. Selain Ali, Alicia turut berada dalam kelab itu yang mana merupakan satu samaran semata-mata  untuk ke Akademi MATA.

Cikgu Bidin pula sebenarnya adalah Ejen Karya yang selama ini bertindak sebagai pengalih perhatian semasa mereka keluar menjalankan misi.

Mereka telah dihantar ke Akademi Latihan MATA untuk mengasah bakat dan skill mereka dalam bidang pengintipan sekaligus menjalankan misi bersama ejen lain, manakala Alicia pula diminta oleh General Rama untuk mengawasi dan melindungi IRIS dari jatuh ke tangan pihak musuh terutama sekali UNO.

Ejen Bakar dan comot telah sedia menanti mereka bertiga ke Akademi Latihan MATA yang terletak di sebuah pulau rahsia yang tiada dalam peta.

Setibanya mereka di akademi, tempat itu terlebih dahulu telah diserang. Mereka di arah untuk ke bahagian arena di mana ia adalah tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.

Semasa dalam perjalanan ke sana, berlaku letupan di mana Ejen Bakar telah terperangkap disebalik timbunan letupan itu.  Tinggal Ali dan Alicia dalam misi melindungi IRIS.

Tapi Ali biasa la suka sangat ikut kepala sendiri, mula bertindak melawan pihak musuh yang tidak di ketahui siapa. Sebaliknya berlaku apabila Ali berada di bawah pengaruh pihak musuh dan di arah menyerang Alicia.

Comot pula terus mengejar musuh sehingga masuk ke sebuah bilik. Sementara itu Alicia berjaya menyedarkan Ali dengan sekali tamparan hinggap di pipi Ali.

Setelah sedar Ali perasan ketiadaan comot dan mula menjejaki comot sehingga sampai ke bilik di mana musuh telah menghilangkan comot di sebalik sehelai kain. Ali dan Alicia bertindak melawan musuh sehingga musuh tumpas. Sebelum sempat Ali menyerang musuh kembali, Ejen Bakar tiba-tiba muncul dan menghalang serangan Ali. Rupa-rupanya ia sekadar ujian dan mereka berdua telah berjaya melepasi ujian pertama di akademi.

Owh iya musuh itu sebenarnya adalah penyamaran dari Ejen Karya.

Setelah musim pertama tamat dengan kegagalan Uno untuk mendapatkan IRIS, Ejen Ali musim ke dua pula sangat di nanti-nantikan nak pula bila lepas tengok episod pertama memang sangat teruja bila Ali dan Alicia menjalani latihan di Akademi MATA.

Tambahah seronok dengan penambahan ejen lain yang turut sama menjalani latihan di sana. Untuk episod pertama ni kita bagi 9/10 hehehe...

1 comment:

  1. Migha pun terjebak dengan Ejen Ali nie. Lepas baca post nia terus lagu opening Ejen Ali bermain kat kepala... :)

    ReplyDelete