LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Saturday, 18 November 2017

Tahniah Buat Pengantin Baru Izara Aishah Dan Adib Khalid

Foto dari BH Online

Tepat jam 9 malam tadi, pelakon Izara Aishah telah selamat dinikahkan dengan Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz.


Menurut BH Online, Izara menerima mas kahwin sebanyak RM700 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Wang hantaran pula dirahsiakan. Majlis berlangsung di Damansara.

Majlis itu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWedding, busana Izara hasil sentuhan pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, manakala wajahnya disolek oleh Khir Khalid. Adib pula memilih persalinan baju Melayu hasil sentuhan Datuk Radzuan Radziwill.

Majlis diadakan secara tertutup dihadiri lebih 500 tetamu termasuk keluarga dan sahabat terdekat. Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis tersebut seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Tahniah buat pasangan pengantin Izara dan Adib moga bahagia hingga ke akhir hayat.

4 comments:

  1. kenapela veil dia mcm tu. nampak kaku je izara. singgah petang di sini. jom jengukhttps://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat sudah diijabkabulkan..
    Semoga Izzara bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan..

    ReplyDelete