LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday, 20 November 2017

Kisah Menarik Disebalik Perkahwinan Izara Aishah

Assalamualaikum..

Masih lagi nak cerita tentang perkahwinan Izara Aishah dan suami Adib Khalid yang telah selamat berlangsung beberapa hari lalu. BACA SINI


Seperti yang dijangka veil yang dipakai Izara Aishah semasa akah nikah pasti menjadi topik hangat.

Foto dari Instagram Rizalman


Semasa Izara turun tangga, benda pertama yang menarik perhatian adalah Veil yang keras itu. Veil unik itu hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. 

Menerusi laman instagram, Rizalman telah menjelaskan bagaimana beliau mendapat inspirasi tentang rekaannya.

Foto dari Instagram Rizalman

Pape pun pada I Izara Aishah nampak cantik dengan busana yang digayakan malam tu.

Selain Izara Aishah, turut mencuri perhatian adalah pengapit Izara iaitu Farah Nabilah..cantik sangat dia, dah mana satu pengantin sebenarnya??

Foto dari Instagram Farah Nabilah

Dengar cerita Izara dan Farah ni dah berkawan lama, patut la Izara pilih Farah jadi pengapit. Pape pun dua-dua cantik, janji Adib tetap pilih Izara..hehehe..

Sejak drama Titian Cinta, Farah Nabilah semakin mendapat tempat di hati peminat. Dalam drama itu, Farah bergandingan dengan pelakon yang menjadi pujaan ramai , Zul Ariffin.

Kalau ikutkan, Titian Cinta bukanlah drama pertama Farah, pernah juga tengok drama lain seperti Papa Ricky tapi tak sehangat Titian Cinta la..

Akhir sekali, tak lupa pada Datuk Seri Siti Nurhaliza, makin cantik tak sabar menanti baby yang bakal lahir. 

Foto dari Instagram Siti Nurhaliza

#izaraaishahkahwinadibkhalid #sitinurhalizacantik #pengapitizarafarahnabilah #farahnabilahtitiancinta

4 comments: