LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday 20 December 2017

Review k-Drama Witch's Court

Di entri yang lalu I ada ceritakan serba ringkas drama Korea yang I tengok iaitu Witch at Court, kali ni I review pula drama tu.

Foto dari internet


Secara keseluruhan pada pendapat I la kan, Witch at Court adalah satu drama perundangan yang seronok untuk ditonton. Drama ni pun dah habis dengan 16 episod. Setiap episod juga sangat mendebarkan.

Terima kasih kepada pelakon utama Jung Ryeo-Won yang membawa watak pendakwaraya Ma Ideum dengan berkesan sekali. dengan gaya bersahaja Ma Ideum berjaya dalam usaha memenangi sesebuah kes walaupun dengan cara menyerang hal-hal peribadi, atau memanipulasi bukti.

Suka sangat dengan watak Ma Ideum yang punya semangat yang tinggi untuk menenangi kes, dia ditugaskan ke unit sex crime against children and women dibawah Min Ji sook. senang cite Ma Ideum ni seorang yang agak licik juga laaa..terutama dalam episod dua...

Kisah bermula apabila Ma Ideum kehilangan ibunya, Kwak young-Sil secara misteri, sebelum tu Cha Gap Soo baru sahaja terlepas dari tuduhan keganasan seksual manakala salah seorang mangsanya telah nekad membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Kwak Young-Sil yang mempunyai bukti pengakuan jenayah Cha gab soo hilang semasa dalam perjalanan berjumpa pendakwaraya Min Ji-Sook. Dia bernasib malang kerana terlebih dahulu bertembung dengan Cha Gab Soo dan pembantunya.

Selepas 20 tahun berlalu, Ma Ideum akhirnya menjadi seorang pendakwaraya dan ditukar ke unit sex crime against children and women di bawah ketua Min Ji-Sook. Rakan sekerjanya yang juga jiran sebelah rumah Yeo Jin-Wook.

Setelah bertahun-tahun akhirnya Ma Ideum tahu juga sebab kehilangan ibunya. Kwak Young-Sil sebenarnya adalah salah seorang mangsa keganasan seksual Cha Gab Soo yg tiba-tiba hilang dan pendakwaraya yg menyiasat kes itu adalah Min Ji-Sook yang juga ketuanya.

Lebih merumitkan keadaan, apabila ibu Yeo Jin-Wook turut terlibat dalam kehilangan ibu Ma Ideum.

Pelbagai cara yang telah mereka guna untuk membawa Cha Gab Soo ke muka pengadilan.

Nak tahu pengakhiran cerita ni?? Kena la tengok sendiri..

4 comments:

  1. saya belum habis lagi tengok. haha. sekarang dok layan Jugglers, Two Cops, I Am Not A Robot. entah bila nak habiskan Witchs Court ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. saya pun ada buat review drama ini di blog saya, mmg best drama witch's Court ini, done follow sini juga - http://mulan-sahbanu.blogspot.my

    ReplyDelete