LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Sunday 26 November 2017

Kakigori di The Garden Mall, Mid Valley


Berhujung minggu dengan adik-adik perempuan dan dua budak kecik berjalan-jalan di Mid Valley, dah nama pun berjalan tak sah kalau tak makan kan. Kali ni kita cuba makanan lain pula, sekali sekala best juga melayan Japanese shaved ice dessert di Kakigori yang terletak di The Garden Mall, Mid Valley. Suasana kedai pun dah menyerupai tempat asalnya Jepun. 



Tiramisu

Rupanya yang dah seperti ABC tapi aisnye lebih halus lagi. Rasa tiramisu yang sangat sedap dan besar sangat sesuai di makan oleh 3 orang. Nasib baik tak beli banyak, ni pun jenuh menghabiskan. 



Selain itu warabimochi turut menjadi pilihan, rasanya seakan jeli dan sangat sedap juga. Ada banyak lagi pilihan dessert yang menarik, tapi kita cuba ini j dulu banyak lagi tempat nak kena terjah.

 Kalau dah kenyang sangat dah malas nak berjalan jadi itu saja dari Kakigori, nak tahu lagi apa yang best sila la cuba sendiri. Harganya agak mahal juga tapi berbaloi untuk rasa yang sedap dan yaaa licin habis tak tinggal sikit pun. Perlu di ingat dah habis makan sila la bawa balik tray makanan ke depan, budaya Jepun turut di amalkan di kedai ni.

Meneruskan aktiviti seterusnya dengan berjalan di Mid Valley, hujung minggu penuh dengan orang jadi tak syok sangat nak ke sana sini. Menikmati ais krim dari Mcd sambil mencari makanan lain yang nak dicuba. Akhirnya food court menjadi pilihan.



Ini pula adalah Ebi mayo dari Gindaco, Mid Valley
Sambil menunggu adik bershopping laju j membeli dan makan. Rasanya agak sedap nak pula makan  panas-panas. Peminat takoyaki boleh la cuba, ada banyak perisa dan pilihan I adalah ini Ebi mayo.

Dah penat berjalan akhirnya pulang ke rumah. Sekali sekala berkumpul dan berjalan dengan adik beradik ni seronok juga, bila memasing dah bekerja susah dah nak ajak berjumpa. Sekian untuk kali ini daaa...Assalamualaikum..


1 comment: