LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Wednesday 15 November 2017

Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi

Ini adalah sambungan dari post lepas iaitu Darah Tinggi Dan Panduan Pemakanan boleh baca SINI.

Penyakit Tekanan Darah Tinggi amat merbahaya dan dikenali PEMBUNUH SENYAP


JANTUNG TERPAKSA BEKERJA KUAT

-Arteri-arteri yang semakin sempit bermakna JANTUNG terpaksa mengepam lebih cepat dan kuat untuk menekan darah mengalir melalui arteri-arteri ini.

Gejala yang boleh dialami adalah:

  • Sering sakit atau pening kepala
  • Sakit tengkuk
  • Pitam atau pengsan

Faktor Risiko
  • Lebih berat badan atau obes
  • Apabila umur semakin meningkat
  • Sejarah keluarga
  • Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil
  • Merokok
  • Tidak aktif secara fizikal dan stress
  • Mempunyai penyakit-penyakit seperti Diabetes, kegagalan buah pinggan, Tiroid dan sebagainya.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan.

JIKA ANDA MENGHIDAP HIPERTENSI
  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor
  • Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah tinggi.
PILIH CARA HIDUP SIHAT
  • Bersenam secara kerap 
  • Awasi berat badan
  • Tentukan tekanan di bawah kawalan
  • Berhenti merokok
  • Elakkan kafein secara berlebihan
  • Pemakanan yang sihat dan seimbang


Makanan yang patut dikurangkan:
  • Kandungan garam yang tinggi
  • Kandungan lemak/kolestrol yang tinggi
  • Kandungan karbohidrat ringkas yang tinggi

BUANGLAH GARAM DAN LEMAK
  • Senjata PEMBUNUH SENYAP yang menyekat pengaliran darah seterusnya meningkatkan tekanan.
  • Garam menyebabkan tisu dalam badan menyimpan cecair, dan menghimpit / mengecut arteri
  • Lemak mengumpulkan plak yang boleh menyumbat arteri dan menambahkan berat badan


Untuk Panduan Pemakanan boleh la baca post lepas di SINI


sumber rujukan: unit Pemakanan PKD Sabak Bernam


2 comments:

  1. Nice sharing. Migha kalau stress mesti BP akan naik. Sekarang memang dalam process kurangkan garam dan kafein..

    ReplyDelete