LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday 13 November 2017

Darah Tinggi Dan Panduan Pemakanan

Sejak my mom ada darah tinggi maka kena la lebih berjaga-jaga terutama dalam pemakanan. Jadi mari la kita ambil tahu, mencegah lebih baik dari merawat.


APA ITU HIPERTENSI?

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi bermakna , bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan/atau diastolic 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat hipertensi.

BP ≥ 140/90 mmHg
Klasifikasi Tekanan Darah

Gambar dari internet


Hipertensi berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat, kegemukan dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak.

Fakta Tentang Garam

-Sumber garam dalam makanan tin atau diproses boleh diketahui dengan merujuk kepada perkataan "Sodium" atau "Natrium".

-Garam boleh didapati secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Ia juga boleh ditambah ke dalam makanan dalam bentuk garam halus atau monosodium glutamate.

-Walaubagaimanapun, bagi pesakit hipertensi penggunaan garam hendaklah DIELAKKAN SAMA SEKALI.

-Waspada dengan bahan-bahan yang merupakan gantian kepada perkataan garam atau mengandungi garam seperti berikut:

  • Mononatrium / monosodium glutamate (MSG)
  • Sodium / Natrium bikarbonat (Baking Soda)
  • Dinatrium inosinat / guaninat
  • Disodium disphosphate
  • Protein sayuran terhidrolisis
  • Sodium nitrate / nitrate
  • Sodium caseinate
  • Soy sause

Sumber dan kandungan garam dalam makanan

Gambar dari internet


Tips memasak di rumah untuk mengelakkan pengambilan garam berlebihan:

  • Elakkan penggunaan garam atau sos (kicap soya/ sos tiram) dalam masakan.
  • Gantikan penggunaan garam dengan rempah ratus dan herba semasa memasak untuk meningkatkan rasa dan aroma masakan.
  • Elakkan penggunaan kiub perasa apabila memasak sup. Gunakan  air rebusan ayam dan rempah ratus.
  • Basuh dan rendamkan ikan bilis sebelum digunakan untuk memasak.
  • Jika menggunakan sayur-sayuran dalam tin, tuangkan airnya dan rendam sayur-sayuran itu dalam air sebelum memasak 

Tips makan di luar untuk mengelakkan pengambilan garam berlebihan:

  • Elakkan daripada memilih masakan yang dimasak bersama dengan ikan masin, sayur masin atau makanan tin.
  • Kurangkan mengambil kuah masakan (kuah masakan adalah tinggi)
  • Jika makan mee sup/Kari , jangan habiskan supnya sekali.
  • Minta supaya kurangkan garam dan sos (kicap dan sos tiram) dalam masakan.
  • Jangan menambah garam atau sos (kicap, sos cili dan tomato) ke dalam hidangan anda semasa makan.

Saranan jenis makanan yang dibenarkan dan yang perlu dielakkan

Makanan yang dibenarkan:
  • Semua jenis sayuran dan buahan Segar.
  • Roti putih/mil penuh, bihun, nasi putih, biskut tawar, capati , bubur kosong, pau kacang.
  • Keju/mentega/marjerin yang tidak bergaram atau rendah lemak.
  • Susu, susu soya, jus buah-buahan segar, teh hijau/cina
  • Sup (rebusan daging/ayam, ikan dan sayur-sayuran)
  • Snek tidak bergaram, kacang dan kekacang segar, herba dan madu.

Makanan yang perlu dielakkan:

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan dalam tin, jeruk dan dimasinkan.
  • Roti keju beraneka rasa, mee segera/goreng, nasi goreng, biskut manis, kuih nyonya, roti canai, bubur segera.
  • Keju/mentega/marjerin
  • Minuman beralkohol/berkarbonat/isotonik
  • Sup dalam tin, sup krim
  • Kentang goreng ,kerepek, keropok, kacang dan kekacang dimasinkan, taucu,budu, belacan, cencaluk, monosodium glutamate (MSG), kicap , kiub perasa, sos tiram/cili/tomato.


Sumber rujukan: kkm

3 comments:

  1. betul tu.sepanjang pengalaman saya kebanyakan orang yang darah tinggi ni mak2. kesian kadang tengok risaukan anak sampai tak tidur malam. Esoknya bila jumpa doktor darah naik

    ReplyDelete
  2. True...Migha lately kena monitor BP sebab selalu over dari paras normal..memang kena amalkan takut kena marah dengan doktor.

    ReplyDelete