LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Friday 27 October 2017

Ku Seru Namamu Kekasih




Masa mula beli novel ni tak pernah sangka ini adalah novel cinta Islamik. Berdasarkan sinopsis di belakang kulit buku, ia seperti novel Cinta lain yang pernah di baca.


Sangkaan Ku meleset sama sekali, bab pertama sudah di mulai dengan hadis

"Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh homoseksual."
- Hadis Riwayat Muslim 

Hasil penulisan Maya Iris ini mengisahkan empat watak utama dari latar belakang berbeza, empat ideologi dan falsafah dalam kekeliruan cinta semalam.


Di bumi Sydney mereka dipertemukan dengan pencarian cinta sejati di sebalik bayangan semalam.


Rayyan - Seorang gadis berjubah dan bertudung dengan perwatakan lembut dan wajahnya sentiasa tenang. Sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim supaya mendapat keredaan Kekasih yang satu.

Hanisa - Berbeza dengan Rayyan, Hanisa lebih berperwatakan lelaki dan kasar tutur bicara. Kerana kisah silam, dia menjadi keliru dan berusaha menafikan dirinya seorang wanita sehingga satu peristiwa mengubah dirinya kembali kepada fitrah manusia.

Zaim - Lelaki yang tidak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.

Mark - Lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang dapat memberikannya kebahagian yang hakiki.

Jalan cerita novel ni sangat menarik, tiap kali baca novel ni terasa sesuatu terutama sekali dengan watak Rayyan, dia meletakkan Kekasih Yang Satu di hadapan, keimanannya tidak mudah goyah walau nyawa menjadi korban.

Novel ini juga turut menyelitkan cebisan ayat Al-Quran dan Hadis.




 Satu hal yang pasti Jodoh itu di tangan Allah, kita manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.  Jangan mudah membenci seseorang manakan tahu dia jodoh kita...

Ini boleh di lihat apabila Rayyan menyuruh Zaim mengahwini Nisa agar dapat menyelamatkan Nisa dari buruan paderi Swain iaitu bapa Mark.

Jangan mengharapkan ayat-ayat romantis, kerana novel ini lebih banyak rasa cintanya pada agama dan Tuhan.

Satu lagi peristiwa yang menarik, apabila seorang nenek tua Margaret Thompson yang telah bertahun membisu memeluk agama Islam di akhir hayatnya.Ketenangan di wajah Rayyan membuatkan nenek tua itu senang dengannya.

Hanya dengan Rayyan, Margaret menceritakan kisah sedih kehilangan suami tercinta, Gary yang dipanggil bertugas di hari perkahwinan mereka.

Novel ini ada keistimewaan yang tersendiri. Ia seperti kisah biasa tetapi meninggalkan kesan di hati. Tiap kali hilang arah novel begini yang selalu I baca.

 "Cinta manusia, cinta tak pasti
  Cinta Allah, cinta sejati" - NIA


Baca Juga : Kata-kata penawar duka

Baca Juga : Kerana Cinta

2 comments:

  1. memang perlu lah kita rajin2 membaca novel2 islamik, ketimbang baca novel2 yang tidak jelas seperti Hary Potter dan lain2..salam kenal mbak

    ReplyDelete