LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Tuesday 19 September 2017

Masih lagi tentang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beberapa hari ni semua media sosial memaparkan berita kebakaran  Pusat tahfiz Darul  Quran Ittifaqiyah, berita ni masih lagi terkesan pada rakyat Malaysia termasuk la I.

Hurmmm sedih sangat nak pula bila I gatal tengok video yang sangat menyentuh hati. Trauma betul bila dengar suara mereka, terus moody.

Hari-hari cari berita tentang kebakaran tahfiz. Akhirnya penangkapan 7 orang bermotifkan dendam. Bila tahu umur masing-masing lagi la terkejut tak sangka dalam usia yang sangat muda boleh terlibat dalam kejadian ini.

Paling haru bila 6 daripada mereka positif dadah. Dadah ok dadah muda lagi dah amik dadah.

Ingatkan kejadian yang menimpa pelajar UPNM tuh habis kejam daaa, sekali yang ini lagi kejam.. owh ape nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang..

Dalam kejadian khamis lepas lebih kurang jam 5.15 pagi 21 pelajar dan 2 guru pusat tahfiz terkorban dalam kebakaran itu.

Tak tahu nak komen macam mana, tapi kalau betul 7 orang yang di tahan itu di dapati bersalah moga mereka mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Tindakan mereka sangat luar dari akal fikiran manusia lebih-lebih lagi mereka masih di bawah umur.

Takziah pada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Pada mangsa yang masih lagi di rawat di hospital moga mereka cepat sembuh.

1 comment:

  1. Sedih sangat :( Takleh bayang kalau jadi kat family sendiri T_T

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete