LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Monday 18 September 2017

Cerita Hari Malaysia 16 September 2017

Sambungan entri lepas di SINI . 16 September iaitu Hari Malaysia dan birthday I juga 😊😊 encik hubby telah membawa kami sekeluarga meluangkan masa di luar.

Bermula dengan aktiviti budak kecik Ammar bermain dengan kereta mainan elektrik di taman Universiti Malaya. Seronok bukan main budak kecik Ammar ni bawa kereta dia, kita yang ikut dari belakang nih dah termengah-mengah al maklum la jarang bersenam mudah semput 😉😉



orang suruh posing leklok ini yang budak kecik Ammar buat, konon malu katanya. yang belakang tuh student um tengah berakit. syoknya tengok depa teringat zaman belajar dulu, eh dulu masa belajar asal cuti j kalau tak duduk di rumah ke KLCC cuci mata..hai kenangan..rindu teman-teman 9-2

berehat sebentar sambil menikmati pemandangan. ramai juga student um buat aktiviti di hari cuti ni.

Setelah puas budak kecik Ammar bermain, aktiviti seterusnya mengukur jalan di One Utama Shopping Mall. Bila dah sampai ingat nak la beli kek sempena meraikan hari jadi I, bila dah jalan-jalan masuk kedai lupa dah dengan kek. Syok ooo cuci mata dapat la budak kecik Ammar beli buku warna lagi. Dalam pada tu mulut duk bising mintak mainan, konon hari jadi dia sabar j laa. Dalam kedai buku Popular duk bising j mintak mainan.


Lepas puas berjalan sana sini di One Utama, encik hubby bawak kitorang pergi makan di Bedouin Arabian Cuisine di TTDI pula. Pertama kali makan di sini selalu kat restoran Saba di Dataran Jelatek Setiawangsa, itu dulu la dah lama tak pegi sana.




makanan di Bedouin Arabian Cuisine ni sangat sedap di tambah suasana yang aman. Masa kitorang makan sini orang tak ramai hanya beberapa pelanggan j. Syok j menikmati hidangan bila tak ramai orang, budak kecik Ammar pula sampai nak baring selesa sangat la tu.. Di sini ada surau jadi tak payah la susah-susah solat tempat lain. Bersih dan layanan yang baik. Sesuai la bawak keluarga atau kawan makan di sini.

cuci mata lagi..yumm sedap sangat. Alhamdulillah

Kenyang perut hati pun senang, mata pun dah layu moh ler kita balik rumah. Kek?? hurmm dah kenyang lupa sudah pasal kek, lain kali kita claim kat encik hubby hihihihi... Ok sampai sini saja cerita Hari Malaysia aka Hari Jadiku pada 16 September 2017

#selamatharimalaysia
#16september2017
#harijadisayajuga

No comments:

Post a Comment