LIFESTYLE - REVIEW - TRAVEL - BEAUTY - HEALTH

Thursday 31 August 2017

Majlis Penutup Sukan SEA 2017


Sukan SEA Kuala Lumpur ke 29 telah melabuhkan tirai malam tadi. Acara penutup telah berlangsung dengan penuh warna warni dan hebat sekali.


Lebih membanggakan apabila Malaysia muncul juara keseluruhan dengan membawa pulang 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa. Tahniah buat atlet-atlet yang telah berusaha mencapai kejayaan ini.

Paling best dah tentu saat lagu-lagu di nyanyikan oleh artis-artis lama dan baru. Bila lejen seperti M Nasir, Sheila Majid, Amy Search dan ramai lagi yang menyanyikan lagu-lagu lama ia seolah mengimbau kenangan lama, layan oooo. Paling I tunggu dah tentu Ella dengan lagu standing in the eyes of the world dan Faizal Tahir dengan Gemuruh.

Tahniah buat Malaysia yang turut menyambut Hari Kemerdekaan ke 60. Selain itu dah tentu saat yang di nanti bila PM mengumumkan 4hb September (Isnin) cuti. Suka kau kan dapat cuti. Majlis diakhiri dengan laungan  'Merdeka' dan di ikuti percikan bunga api.

Tahniah Malaysia dan juga negara lain yang turut bertanding.

#kitajuara
#145emas
#harikemerdekaan60
#bangkitbersama
#seagames2017

No comments:

Post a Comment