Header Ads

ragam raya..

Assalamualaikum...

Tiap kali bulan puasa datang benda yang sering difikirkan adalah persiapan tuk raya..heee bohong la kalau xfikir langsung kan...kalau boley sebelum puasa lagi baju raya dah siap tempah..eh eh tuh macam i j..hihihi.. bukan tuh j masa nih la kawan-kawan atau sesapa j cuba nak promote biskut raya memasing, macam2 jenis dan bentuk kita boley tengok. kekadang sampai nama biskut pun dah pelik2..alahai..

Nak tolak mentah2 dengan kata i buat sendiri biskut raya cam tak sampai hati mmmm...akhir sekali tengok yang mana tak buat baru beli...yang nih lebih kepada kerepek2 la kan..masa raya nanti pun bukan orang suka makan pun, sekadar buat syarat letak atas meja orait la kan...sekarang nih pergi k supermarket dah boley beli biskut raya, tinggal tunjuk j mana yang berkenan..tapi tuh la rasa tak puas bila beli, kalau boley nak buat sendiri baru la rasa nak raya kan...ececeh macam rajin bebenor lah diri tuh membuat biskut raya, tuh pun bila kena paksa dengan mak baru tergedik2 buat...

Itu baru baju dan biskut raya j, belum masuk yang lain macam segala barang2 rumah kalau boley nak baru aje langsir la kerusi la tuh nasib bek tak mintak tukar rumah baru..mau pengsan memikir semua tuuh...haila masa nih la perbelanjaan meningkat mendadak kalau ikut nafsu mau kering poket..duit raya pun xmasuk lagi tuh,mmmm...agak2 xbagi duit raya ok x? dengan alasan budak2 bukan tau guna duit pun hihihihi...itu terpulang kalau mampu bagi j la, kalau x duk diam j la..

Tahun nih i dan family insyaAllah akan beraya di kampung tercinta jauh di pantai timur nun..rasa hati dah x sabar sangat dah nih, rindu pada keluarga di sana dan paling penting dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga yang memang payah nak jumpa...

Akhir kata buat la persiapan raya tuh ala kadar j, yang penting adalah kumpul pahala di bulan yang mulia ini bulan Ramadhan...

nah tuk tatapan korang sume...


Wassalam....

No comments

Powered by Blogger.