nuff ads

Monday, May 28, 2012

Satu Permulaan..

Alhamdulillah dah lepas 1 perkara, tapi masih banyak yang menanti..
Bila dah buat keputusan ke arah itu, haruslah bersedia dari segala segi mental dan fizikal..
Cabaran dan dugaan sedia menanti,harus tabah dan banyak bersabar.
Ini hanya SATU PERMULAAN...



Wednesday, May 23, 2012

Kata-kata Penawar Duka


Antara kata-kata yang buat aku yakin semula...

Apabila kau letih dan hilang semangat.....
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan...
Allah telah mengira titisan air matamu
Apabila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah setia di sisimu
Apabila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan....
Allah ada jalan penyelesaiannya
Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa...
Allah adalah jawapannya.

Tuesday, May 15, 2012

Sekadar luahan rasa

Salam, dah lama blog nih terbiar usang tanpa apa-apa catatan...bukan berhenti menulis, cume memberi masa pada diri untuk bertenang dan merenung kembali ape yang berlaku.. yup dalam beberapa bulan nih banyak perkara yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup..setiap detik banyak yang berlaku dan merubah perancangan yang dah sedia di atur..kita hanya mampu merancang, dan DIA yang menentukan segalanya.sape kita mahu menentang tiap yang berlaku??

Banyak soalan yang tak mampu di jawab dan memuaskan hati tiap orang yang bertanya, bagaimana harus dijelaskan kalau ia melibatkan sesuatu yang sukar ditafsirkan???misalnya soal hati..hati tu Allah yang pegang, bila-bila masa DIA boley merubah hati seseorang...usah ditanya mengapa aku memilihnya, tiada jawapan yang boleh aku beri..hanya DIA yang tahu dan mengerti...

Tiap keputusan yang di ambil pasti akan ade yang terluka, aku tak mampu membahagiakan semua orang..dan keputusan yang di buat berdasarkan apa yang aku rasa perlu pada waktu itu..aku tak mampu membaca pemikiran orang.. seperti tulisan aku ini, mungkin akan ada yang salah faham padahal niat di hati hanya ingin mencatat sesuatu dalam blog (dah name pun blogger kan)... Maaf mungkin aku tersalah tafsir atau secara tak sengaja melukakan hati sesiapa tanpa aku sedar.banyak hati yang perlu dijaga mungkin aku terlepas pandang..beribu-ribu maaf..

Alhamdulillah keputusan yang aku buat diterima dengan hati yang senang oleh orang penting dalam hidup keluarga dan juga my best friends...

p/s: to my best friends.. korang kenal aku lebih dari aku kenal siapa diri aku...



nuff ads